Monday, 9 February 2015

Surprises Everywhere !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Tadaaaaaaa!!!
Fuhh fuhh! Berhabuk seh blog nih.
Rase macam lame bebeno dah tak hapdet blog.
Well, RAJIN nak menaip tu kadang-kadang je wujud ;)

Okay, kali ni aku nak cerita kisah dramatik yg berlaku pada 6 FEBRUARI 2015 yg lalu.
(drama swasta kauuuuuuu)

Al-kisah..

6 FEBRUARI 2015 bersamaan dengan hari Jumaat, merupakan hari yg paling bermakna buat aku sbb tu hari kelahiran my MAMA !
Her 47th birthday.

At first, aku memang dah bagitau mama awal-awal yg aku memang tak balik weekend tu sebab nak saving duit. Lagipun, aku akan balik rumah waktu Chinese New Year nanti. Sbb dapat cuti 4 hari.
(Al-maklumlah, sejak dah berpraktikal ni, cuti dua hari pun terasa amat berharga. Hihi)

So, tepat 12 am pada 6 FEBRUARI 2015 tu,
aku hantar la birthday wish kat mama.


 Sedih jugak la sbb tak boleh nak balik on her special day.
Yela, dengan kondisi mama sekarang yg tak berapa nak okay, berat je rasa hati ni.

But, guess what?
Idea gila cik Nadira Roshdan sudah mari.. Haha

Hari Jumaat tu, after aku dah habis keje, aku balik la rumah sewa cam biasa kan.
(Jalan kaki je. Gaya hidup sihat.. Haha)
Sampai-sampai je rumah, aku dapat mesej daripada Cik Sue thru Whatsapp.

Cik Sue ingat aku ada kat Tg Malim.
Rupa-rupanya, family Cik Su and family Cik Ngah memang dah planning nak buat surprise birthday party kat mama Jumaat malam Sabtu tu.

Disebabkan Cik Sue dapat tau aku tak balik Tg Malim, dia pun ape lagi.
Pujuk, pujuk, pujuk dan pujuk aku supaya balik and celebrate birthday mama.

Giler tak terpujuk?
Haha

So, aku decide nak naik teksi utk ke KTM Batu Caves, and naik KTM pergi ke Stesen Putra, and dari Stesen Putra terus ke Stesen Tg Malim.

But, again, guess what?
Cik Sue kata kat aku, “Takpe, Kak Yong siap-siap je. Nanti Cik Ngah datang mai amik Kak Yong”.

Cik Ngah aku tu dok kat Setapak. So, kiranya dalam satu haluan jugak la kalau nak ke Tg Malim tu.
(Selamat duit aku, ade org nak amik.. Hihi)

Pahtu, aku cakap kat Cik Sue, thanks sbb aturkan planning mcm tu.
Then, aku pesan jangan bagitau family aku pasal aku nak balik rumah ni. Nak buat surprise kat semua org.. Hehe

Jumaat malam tu, after Maghrib camtu, Cik Ngah amik aku kat Batu Caves nih.
Family Cik Sue lak on the way dari Shah Alam.
Dipendekkan cerita, selamat sampailah semuanya di Tg Malim.
Alhamdulillah :D

Tak nak citer lebih-lebih.
Korang tengok jela video ni :)
*Mama terkejut sampai menangis. Adik-adik aku pun terkejut tengok aku tiba-tiba ada kat rumah. Heeeee

And here are some of the pictures of that night. Enjoy lah ye :)












Ouh, lupa nak bagitau.
Malam tu pun celebrate birthday Ayah Sue (yg pakai baju hitam ni), 
birthday Ayah Sue 4 Februari 2015.
Alang-alang dah dekat tarikh tu, sambut la skali kan. Jimatttttt :D