Thursday, 9 July 2015

Tarbiah Sentap Versi Nadira Roshdan

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah lama ingin ku meluahkan ketidakpuasan hatiku di sini.
Bukan apa.
Hari demi hari, daripada apa yang aku observe..

"People nowadays takes very lightly about their SOLAH"

Tak faham?

"Sekarang ni ramai sungguh orang yang ambil sambil lewa pasal SOLAT"

Tu aku dah sebut dua kali dah tu. Kalau tak faham-faham lagi, ceq tatau la nak habaq lagumana dah!

Tidakkah kau sedar betapa pentingnya menjaga solat itu?
Tidakkah kau sedar betapa indahnya menjaga solat itu?
Tidakkah kau sedar betapa rindunya Allah nak mendengar rintihan dan doa daripadamu?
:(

Kita sebenarnya SILAP. Kita selalu je mengeluh bila tak dapat apa yang kita hajatkan. Pahtu nak salahkan takdir. What the fishhhhhh???

Solah is really beautiful.
I mean, it's REALLY REALLY REALLY BEAUTIFUL.. MasyaAllah :')
That moment bila kau solat, kau akan rasa ketenangan yang amat tenang, yang kau sendiri pun tak tau macam mana boleh rasa macam tu. I mean, it's really wonderful !

Cintailah SOLAT. Tak rugi beb kalau jaga solat ni. Tak rugi langsung !

But one thing yang aku nak tegur sikit ialah pasal PENAMPILAN kita sewaktu menunaikan solat.

Bila kita nak travel or pergi shopping mall, or ke mana-mana jela tempat, kita always make sure pakaian kita bersih, tak kedut, wangi etc etc etc.

Tapi bila nak solat, aiii selamba betul pakai jubah yang dah tak basuh seminggu (ni khas untuk jejaka) and telekung yang bertahi lalat entah dari zaman Tok Kaduk agaknya (khas untuk ladies).

Aku jadi sakit mata tengok orang pegi solat macam tu. Tiba-tiba terbit rasa nak marah.

Takdela. Kau nak pergi mengadap Allah, Tuhan yang satu, Tuhan yang sukakan kecantikan dan keindahan.. Tapi kau selamba badak sumbu je pakai baju atau kain yang dah kotor. Bau dia jangan citer la kan. Kepam ! Masam !

Sedih la dengan manusia macam ni. Serius sedih.
Bukan payah pun nak basuh jubah/baju/kain/telekung kau tu.
Cepat je kan nak kering.

Apa? Kau nak bagi alasan sebab telekung kau ada SATU je?
Seriously la beb. SATU je?

Untuk yang ada masalah kewangan, aku bukan nak menghina korang.
Cuma, kalau ada satu je telekung tu, make sure basuh la telekung tu bila kau datang bulan.
Yang lelaki pulak takde masalah sepatutnya.
Korang boleh je pakai tshirt or kemeja instead of jubah kan.
So supposedly takde la masalah baju berbau or kotor.

Ni yang aku nak menyirap sikit ni kat mereka mereka yang boleh berbelanja besar beli baju branded branded tapi tak mampu nak beli lebih daripada satu telekung yang berlambak jual murah kat Jalan TAR tu. Huh !
Okay la. Bukan kat Jalan TAR je ada jual telekung. Kat tempat lain pun banyak jugak. Tu perumpaan semata-mata. Harap maklum.

Wahai lelaki dan wanita seMuslimku,
Jangan pernah rasa berat untuk melaburkan wang anda ke jalan yang benar.
Kau mungkin rasa banyaknya duit habis nak beli telekung, baju besar bla bla bla.
Tapi kau sedar tak pelaburan kau yang tak seberapa tu boleh menjanjikan syurga yang tak ternilai harganya tu untuk kau? Sedar tak? Dah sedar dah?

Please, jaga penampilan sewaktu di dalam solat dan juga di luar solat.
Baru lah seimbang dunia akhirat.
Ni, harap je hebat berbicara "kena seimbang dunia akhirat" kat fesbuk, twitter, instagram, tapi nak keluar duit sikit untuk sedekah pun rasa berat. Ape ni ape ni ape ni ????

Tolong sebarkan eh kepada sesiapa yang membaca ni.
Mohon anda tersentap.



Sunday, 5 July 2015

Menikmati sisa-sisa waktu latihan praktikal ~~

Bersyukur sangat sebab finally aku berjaya nak menghabiskan internship for this sem.
Bersyukur sangat sebab everything went well, hubungan dengan boss, dengan supervisor, dengan staff company semua okay okay jaa.. Alhamdulillah..

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, bulan mulia ni..
Apa salahnya kita merapatkan lagi silaturrahim antara manusia.
Iftar sama-sama, sahur sama-sama, terawih sama-sama.. Aishhh sweet sungguh aih kalau lagutu..

Disebabkan nak mencapai tahap 'sweet' tu, kawan-kawan aku buat plan nak iftar sama-sama.
Kawan-kawan yg aku dok sebut ni students UniSZA jugak. Foodtecheroes forever gitu. Huhu
Depa ni yg dok praktikal kat area Shah Alam, KL, Selangor and paling jauh, Nilai ;)

Semalam, on 4th of July, 2015 bersamaan dengan 17 Ramadhan..
Kawan-kawan aku mai rumah.. siap bawak hadiah lagi..
Indah kan bersahabat kerana Allah?
Tak semestinya bagi hadiah waktu birthday jaa..
Sekali sekala bagi hadiah lagi la baguih.. Sweet yg halal.

Yg mula mula skali sampai org jauh, nuh dari Nilai tu..
Gigih naik KTM sampai Batu Caves. Pahtu kena naik teksi pulak nak mai rumah aku.. Haha
Thanks Nadiah and Intan sebab akhirnya dapat jejak kaki kat rumah iolls ni  >_<

After that, kitorg semua siap siap nak pi Giant.
Nak shopping barang dapur lerr..
Kata nak kahwin, kena la tunjuk skill memasak :P

Tadaaaaa!
Simple je masakan kami..
Sotong masak sambal tumis, Kangkung masak belacan, Ikan bilis masak sambal tumis skali dengan telur, ikan kerisi goreng, and sup sayur.

Sebenaqnya, bukan sorang jaa chef.. Banyak campur tangan yg berlaku waktu memasak tu.
Bak kata Wonderpet, "Yang penting, KERJASAMA".. :D

Dia kalau tengah ramai ramai ni, selera nak makan tu bukan lain macam lagi..
Dahsyat..
Tapi Alhamdulillah, semua kenyang. Dan tadak pun yg cirit selepas makan. Tu yg penting. Haha

Lepas dah berjemaah makan ramai ramai, kita solat berjemaah pulak.
Terasa satu kemanisan di situ,
Kemanisan apa?
Kemanisan bersahabat dan melakukan ibadah bersama-sama.
Seriously, aku rindu dengan saat-saat macam ni..

Sejujurnya, benda-benda macam ni kita dapat rasa bila ada kat tempat blajaq.
Sebab kita dikelilingi sahabat yg banyak menegur, yg banyak bg nasihat, yg banyak bg semangat.
Sebab tu ada yg tak mampu nak istiqamah bila dah balik rumah, pasal tadak yg nak tegur.
Sayang sungguh..

Yg penting, DOA bagi hati tu ISTIQAMAH.
Sahabat tak selalunya ada dengan kita. Depa pun ada family yg depa kena kisahkan.

Before dorang nak balik, WAJIB laa selfie dulu.. Haha
Bahagianya tengok muka masing-masing.
Macam mana la tak bahagia kan.
Dah nak habis intern ;)

Ni laa hadiah yg aku dapat.
Terima kasih banyak-banyak.
Walaupun muka dia penyek sikit, perut dia tetap ke depan. Haha

Overall, semalam merupakan satu memori yg aku takkan lupa.
Sebab ni la first time sambut Ramadhan dengan kawan-kawan UniSZA.
Before this, puasa and raya memang kena waktu cuti sem, so tak dapat la nak merasa dengan depa.
Tahun ni Alhamdulillah, Allah bg jugak kami merasa kemanisan Ramadhan tu sama-sama.
Thanks sahabat-sahabatku..
Walaupun tak semua ada, tapi ukhuwah yg terjalin tu amat lah aku hargai.


P/s : Bila la nak sambut Ramadhan sebagai zaujah nih ;)