Berkenaan dengan post sebelum ini, aku terima banyak
feedback. Ada yang komen kat blog aku ni, komen dekat FB, private message
dengan aku, and ada jugak ajak jumpa untuk tahu cerita sebenar. HAHA. Aku bersyukur
sebab dengan wujudnya semua ni, aku tahu ramai lagi yang concern tentang aku
cewahhhh. Perasan pulak :P
Wujudnya post ini adalah bertujuan untuk “clarify” certain
things yang buat certain orang still tertanya-tanya pasal aku.
FIRST.
Aku ada lump or dalam Bahasa melayu or Bahasa yang lagi
senang nak paham ialah KETULAN di bahagian breast kanan. I know this topic
might be sensitive to certain people, but I’m writing this to give inspiration
to certain people who might now face the same problem as me. Ketulan yang aku
pernah ada ni BUKANLAH ketulan or biji kanser. BUT doctor sarankan aku buang
jugak sebab ketulan tu mungkin boleh jadi kanser, disebabkan mak aku memang dah
terang-terangan ada kanser. Okay setakat ni faham? Good. Macam aku, ketulan ni
bila aku pegang, rasa smooth je. Kalau mak aku, masa mula2 dia check ada
ketulan tu, dia rasa macam ketulan tu tak smooth permukaan dia. Macam menggerutu
(I don’t know the exact word I should call it, but it was something like that
la). When we asked the doctor, he said that was the difference between lump and
cancer cell (correct me if I’m wrong wahai kawan2 ku yang bakal jadi doctor..huhu).
Girls are advised to do regular check-up on your breasts every time your period
ends. Do the check-up on your own. Ada blajaq kan dulu? Kalau tak pernah blajaq,
pi tanya encik google nuh. PENTING tau ni. Kalau ada rasa musykil or pelik,
terus jumpa doctor k. Aku dulu nasib baik la tergerak hati nak buat check-up
sendiri. Nasib baik la dapat kesan awal kewujudan lump tu. Nasib baik la buang
dah. And guess what? Lump tu boleh jadi sebesar bola pingpong. Jangan terkejut.
I’m telling the truth. So, remember this okay girls?
SECOND.
Berkenaan dengan isu aku tak jadi ikat tali pertunangan tu. Ramai
tanya pasal ni after aku post tu (rasa femes jap). Ada yang fikir aku cuma MENANGGUHKAN
pertunangan itu. Ada yang fikir aku memang dah TAK JADI dengan lelaki tu. Ada yang
fikir aku MASIH DALAM HUBUNGAN dengan lelaki tu. Ada yang fikir aku dah MOVE ON
and ada HUBUNGAN dengan orang lain. Okay meh sini ceq nak habaq ni. Pasang telinga
bukak mata bagi luas2 naa? Aku BUKAN dan TAK MENANGGUHKAN pertunangan tu. Aku
CANCEL terus untuk bertunang. And aku TAKDE HUBUNGAN dah dengan lelaki tu. And aku
sekarang TAKDE HUBUNGAN DENGAN SIAPA2 PUN. Jelas tak apa yang aku bagitau hgpa
ni? Bukan apa. Kadang2 aku MELUAT sangat orang dok kata aku nak kahwin dah
sebab dah ada calon. Nak kena tampaq ka? (maaf la jadi garang sat). Dengan
wujudnya spekulasi2 sebegini, pergerakan aku menjadi terbatas. Aku gelak lebih
sikit ja, nanti ada orang kata “Aina behave sikit, nak kahwin dah kan?”. Huishhhh
aku punya menyampah la kat orang yang cakap macam tu sampai level 99. Pahtu aku
tak boleh terima la bila orang kata aku dok selalu mesej dengan BOYFRIEND sebab
aku selalu tidoq lambat, sebab aku selalu tengok handphone, sebab aku selalu
senyum2 tengok handphone. Deyyy, dalam phonebook aku ada satu je ke nombor
telefon? Aku whatsapp dengan SEORANG manusia je ke? Aku CALL SEORANG manusia je
ke? Benda ni kadang2 orang tak nampak. Disebabkan sikap macam ni la, mungkin
ada orang yang nak rapat or dekat dengan aku, dia tak jadi nak rapat sebab
fikir aku tunangan orang. Please lah. Aku SINGLE and AVAILABLE okay? Haa tak
memasal dah promote diri sendiri. Haha. SORRYYYYYYYYYY..
p/s: Agak2 mana yang berkenan dengan ceq, sila rujuk terus
AYAH ceq naa? Nanti aku bagi nombor telefon dia ;)
Aku rasa ni jela yang aku nak clarify. Setakat ni la. Kalau ada
lagi yang musykil, wujud la post yang seterusnya.. hehe