ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Okayy. Dari tajuk entri pun kita boleh agak sebenarnya nak cakap pasal apa in this post. Frankly speaking, aku bukanlah sejenis manusia yang'hebat' bersastera ataupun bermadah ataupun membina ayat-ayat puitis mengalahkan novelis Aisya Sofea. (Ooopppsssss! Kenapa nak mention nama beliau? Eh, suke hati laa. My feveret novelist tuuuuu ^^) but, at least I'm trying to improve my writing skill so that you, you, and you boleh faham apa yg aku cuba sampaikan :)
Bismillahirrahmanirrahim.....
Dulu, aku merupakan salah seorang pelajar yg bertuah di SK Segamat Baru, Segamat, Johor kerana terpilih untuk menyertai sebuah kumpulan tarian yg sememangnya menjadi idaman aku. Actually, aku dah start menari since tadika lagi. Tapi maybe that time aku still shy shy cat utk menunjukkan bakat aku ni di khalayak ramai.
Starting from 2003, aku ceburi bidang tarian di mana aku diberikan kepercayaan utk menjadi ketua tarian bg pelajar perempuan. Hello! Siapa tak bangga kalau dapat chance mcm tu kan? Bukan senang nak meraih kepercayaan org lain ni. (Eh, mcm bongkak pulak bunyinya... Astaghfirullahalazim! ) So, dari situ mostly my free time akan dipenuhi dengan latihan menari. (No wonder that time I slim mlim) haha
Nak kata grup aku ni popular aku tak sure laa kan. Tapi, kitorang memang dapat jemputan baaaaaaaannnnyyyyyaaaaaakkkkkkkkkk sangat! Dari hari anugerah sekolah, hari sukan, kenduri kahwin, majlis majlis keramaian tanpa mengira bangsa, semua kitorang sapu. Memang merata la kat Segamat tu kitorang buat persembahan. Kinda tired but for sure, it was really unforgettable moments :')
Sampai la aku berumur 19tahun, aku ceburi bidang tarian ni.
Tapi, ,
Nak dijadikan cerita yg lg hot, aku ditawarkan utk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Teknologi Makanan di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Aku memulakan hidup yg baru sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda pada September 2012. Baru je lagi kan? Tu pun nak kecoh x)
Well, sejujurnya la kan. Sebelum aku masuk UniSZA, aku dah berniat nak pakai tudung labuh, baju besar dan quit dari tarian bila dah menuntut di UniSZA. Tapi, siapalah aku ni, hanyalah seorang manusia yg sering melakukan kesalahan, yg sering tunduk dengan nafsu dan emosi sendiri, yg langsung tidak tahu untuk bertegas dengan diri sendiri.
Sia-sia sahaja aku menyimpan niat sebegitu apabila aku bersetuju untuk menyertai pertandingan menari antara universiti pada Disember 2012. It was 8 months ago. Tapi aku masih merasakan yg ianya baru berlaku.
That time, aku terasa yg diri aku ni sgt HIPOKRIT. Sebab masa tu sebenarnya, aku dah join usrah. Dalam usrah, kemain aku mengeluarkan pendapat bernas yg boleh diterima oleh kawan-kawan. Tapi aku? Aku sendiri yg tak laksanakan nasihat sendiri. Betapa malunya aku bila terfikirkan hal tu -_-
Disebabkan malu yg amat, aku tekad aku nak berubah bila tiba sem 2. Aku cuba memakai tudung yg lebih labuh, pakai hand socks, pakai stokin, pakai baju longgar dan paling penting sekali, menolak pelawaan untuk menari lagi. Ya, aku tau. Menari tu dah mcm makanan aku dah. Susah untuk aku tinggalkan dunia tu. Sayang.
Tapi tetap tak boleh lawan Sayang aku pada agamaku iaitu ISLAM ♥
Lama-kelamaan, Alhamdulillah. Aku mudah untuk melupakan dunia tarian. Aku mula mendekatkan diri dengan Allah. Maksud aku kat sini ialah LEBIH mendekatkan diri kepada Allah. Setiap Maghrib dan Isyak aku dan kawan-kawan akan sama-sama berjemaah di surau. Walaupun penat atau banyak assignment, kitorang tetap akan ke surau.
Dari situ, aku dapat lihat betapa Allah sayangkan hambaNya. Allah memberikan aku peluang kedua. Allah memberikan aku jalan yg mudah untuk aku bertaubat. Aku bersyukur kerana aku tidak perlu melalui ujian yg extreme berliku untuk aku lebih mencintaiNya. Subhanallah!
Kalau nak difikirkan tentang zaman 'jahiliyah' aku dulu, for sure air mata aku boleh habis sekarang ni. Astaghfirullah... Aku sedih sebab aku terlalu leka dengan nikmat duniawi dulu. Aku sedih sebab aku salah gunakan nikmat yg Allah kurniakan kepada aku. Aku sedih sebab aku terlalu cuai untuk menjaga maruahku sebagai Muslimah sejati.
Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana Allah mengurniakan kawan-kawan yg baik dan supportive di sekeliling aku. Aku mengharapkan taubat ku ini diterima oleh Allah. Semoga aku dan kawan-kawan akan terus istiqamah di jalan Allah ini. Wallahualam.