Thursday, 29 August 2013

A.U.R.A.T

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Allah (the Exalted and Almighty) has said :
"Oh Prophet!
Tell your wives and your daughters and the women of the believers to draw their cloaks (veils) all over their bodies (screen themselves completely except the eyes or one eye to see the way). That will be better, that they should be known (as free respectable women) so as not to be annoyed. And Allah is Ever Oft-Forgiving, Most Merciful"
(Al-Ahzab : 59)
Kali ni, aku nak berkongsi sedikit tentang AURAT, yg sepertimana kita tau amat dititikberatkan dalam agama Islam.
Okay. Aurat , menurut istilah Arab bermaksud bahagian anggota badan yg wajib ditutup (haram jika dipamerkan) kepada orang asing (ajnabi) iaitu yg bukan muhrim.
For sure , antum wa antunna tahu kan siapakah golongan yg digelar sebagai 'ajnabi' ini?
Seperti sedia maklum, aurat lelaki adalah antara pusat hingga lutut.
But WAIT!
Itu tak bermaksud para lelaki boleh sesuka hati sahaja berpakaian dengan hanya menutup antara pusat hingga lutut. Looks weird right?  x)
So, apa salahnya sekiranya para lelaki berpakaian sempurna. Menutup seluruh anggota badan dan berseluar panjang. Kan molek tu :D
Aurat wanita pula. Haaaa,, yg ni please TAKE NOTE ya wahai kaum Hawa sekalian :) (mood serius)
1. Wajib menutup seluruh anggota kecuali muka dan kedua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi.
2. Di hadapan saudara lelaki, aurat adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
3. Ketika bergaul sesama wanita Muslim, aurat adalah antara pusat hingga lutut.
4. Ketika bergaul dengan wanita bukan Muslim, aurat adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Yg no 2 tu kan..
Aku sendiri akui yg dulu aku tidak begitu menjaga aurat apabila berada bersama-sama dengan sepupu-sepupu lelaki. Kerana telah menganggap mereka seperti adik beradik kandung.
Mentaliti seperti ini ternyata amat SALAH sebab mereka juga merupakan golongan ajnabi iaitu golongan yg boleh kita nikahi.
Walaupun masalah ini nampak kecil, tapi jika dilakukan, dosa tetap dicatit wahai kaum Hawa sekalian. So, berhati-hatilah ya :)
Kemudian, aku nak share sikit beberapa kesilapan penutupan aurat wanita pada zaman sekarang.
1. Ramai wanita menganggap menutup aurat itu hanyalah dengan memakai tudung sahaja.
2. Wanita bertudung tetapi memakai T-shirt berlengan pendek.
3. Wanita bertudung tetapi terbelah kain baju kebarungnya.
4. Wanita bertudung tetapi berbaju sendat, nipis, sempit lalu menampakkan susuk tubuh badan.
5. Wanita bertudung tetapi singkat hingga menampakkan hujung rambutnya.
6. Wanita bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau tempat kerja sahaja atas alasan menghormati etika bekerja.
7. Wanita bertudung tetapi diselempangkan ke belakang leher sehingga mendedahkan dada daripada ditutupi kain.
8. Wanita bertudung tetapi tudung yg dipakai amat nipis sehingga menampakkan sanggul, leher, tengkuk dan dada.
Sepertimana Allah berfirman dalam Surah An-Nur : 31
"Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir"
Tidak salah jika mahu mengikut arus fesyen. Tetapi kena ingatlah bahawa menutup aurat bukan sekadar memakai tudung. Cara pemakaian tudung seharusnya menepati syarak agar kejadian yg tidak diingini boleh dielakkan.
Setakat ini sahaja coretanku pada petang ini. Segala apa yg aku sampaikan adalah hasil daripada apa yg aku faham daripada perbincangan dengan kakak-kakak usrah dan ustazah. Sekiranya ada salah dan silap, mohon tegur. Wallahualam.

2 comments:

  1. betul tu aina..=)ramai orang at luar sane amik ringan pasal benda nie..=)ramai yg masih ambil mudah dgn cara mereka berpakaian...berpakaian tetapi sebenarnya telanjang..baju yg nipis tu lg mahal dr baju yg tebal dan menutup aurat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa. Sedih bila tengok keadaan mcm ni. So, kita sebagai Muslimah perlu saling menasihati dan berdoa supaya family and kawan2 kita berada di landasan yg benar. InsyaAllah :)

      Delete