Thursday, 26 September 2013

Hikmah yang tersembunyi

ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdulillah. Aku masih mempunyai idea dan topik yg aku ingin coretkan dalam blog techenta ni. Hihi. Even dah berminggu aku tak update, but it doesn't mean yg aku dah takde hati nak berblogging. Cuma waktu itu yg kadang kala terlalu mencemburui aku :P
Based on the title, basically, aku nak cerita sikit tentang keadaan aku di kampus baru ni.
Alhamdulillah, kerana aku merupakan salah seorang pelajar yg terpilih untuk berpindah ke kampus baru. Walaupun pada luarannya, secara kasarnya, seseorang itu pasti gembira saat memiliki sesuatu yg baharu dlm hidupnya, tetapi jgn kita sangka yg baru itu sentiasa indah.
The main point here is that aku bukan berasa menyesal kerana dapat menetap di kampus baru.
Tapi,,
Apa yg aku cuba sampaikan ialah setiap yg berlaku itu pasti ada HIKMAHNYA.
Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab Allah takkan menjadikan sesuatu tanpa ada sebab dan tujuannya.
Ramai yg mengadu kampus baru ni sebenarnya banyak memberikan masalah kepada mereka. Bukan mereka saja mengadu, aku pun macam tu. Kadang-kadang mengeluh juga memikirkan nasib di tempat baru ni.
Dengan cuaca panasnya, dengan ketiadaan kemudahan wifi nya, dengan ketidakselesaan kedudukan di dalam kelas lagi, dengan jauhnya jarak antara hostel dgn blok kuliah, dengan jauhnya jarak antara kampus dengan bandar dan macam-macam la lagi.
Sememangnya banyak pihak yg tidak berpuas hati dengan keadaan ini. Tambahan lagi, ada beberapa lecturer yg terpaksa berulang-alik dari gong badak ke besut semata-mata untuk mencurahkan ilmu.
MasyaAllah.
Itu lah aku katakan. Pasti ada hikmahnya.
Secara tidak langsung, setiap individu yg terlibat dalam masalah ini memperoleh pahala yg banyak kerana terus bersabar menuntut ilmu dan melakukan kebaikan walaupun menghadapi kesulitan.
Alhamdulillah.
Aku bersyukur sebenarnya. Kerana aku sedar, tak semua yg kita impikan dan mahukan akan kita dapat dan baik untuk kita. Malah sebenarnya Allah sudah mengatur cantik perjalanan hidup kita.
Subhanallah.
La tahzan wahai sahabat-sahabatku.
Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita. Doalah kepadaNya. Mintalah daripada Allah agar segala urusan kita dipermudahkan.
Jika kita tetap bersabar, InsyaAllah kita akan mendapat ganjaran yg tidak dapat kita sangkakan.
Yakinlah bahawa  'Setiap kejadian itu pasti ada HIKMAHNYA'.
Wallahualam...

Friday, 6 September 2013

UniSZA, here I come!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah. Aku masih diberi pinjaman mata, hidung, telinga, mulut dan seluruh anggota badan untuk menjadi manusia pada hari ini. Sesungguhnya ini merupakan nikmat yang paling berharga bagi setiap manusia di muka bumi ini.
Hari ini, 6 September 2013 bersamaan dengan 30 Syawal 1434H, merupakan hari yang ditunggu-tunggu kerana aku akan kembali semula ke bumi Terengganu. To be specific, Besut.
Kenapa Besut?
Bukan Kuala Terengganu ke?
Okay. Macam ni. Unisza ada buka lagi satu kampus di Tembila, Besut. Dan fakulti aku merupakan salah satu fakulti yang bertuah kerana terpilih untuk berpindah ke kampus baru.
I don't know how to describe the true feeling towards this matter.
First, aku rasa excited. Yela, dapat sambung sem 3 di kampus baru. Everything is new! Bangunan akademik, hostel, kafe, library, masjid, bilik kuliah and so on, semuanya baru. Tambahan pulak prof a.k.a dekan fakulti aku kata kampus Besut ni BESAAAAAAR sangat, for sure aku rasa excited for that.
But.
Aku rasa takut + risau + sedih. Takut sebab tu kampus baru. Faham-faham jela kan. Huhu. Hopefully takde sape yang mulutnya tiada insurans x)
Risau sebab aku skang dah masuk Tahun kedua. Which means aku sudah ada junior lah! Hehe. Aku risau sekiranya aku tak mampu menjadi senior yang baik. I know it sounds a lil bit 'poyo' but that's the truth that I have to face.
Sedih sebab my holiday is over! Waaaaa.
(Mengada betul Cik Aina ni) x)
Walau apapun, aku perlu bersyukur kerana masih mampu meneruskan pengajian, masih mampu menuntut ilmu demi memperbaiki diri aku sendiri. Tak rugi pun menuntut ilmu ni. Malah dapat pahala yang banyak. Sebab Allah memang suruh kita belajar dan mengajar kan?
Konklusinya, aku gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran di UniSZA. Walaupun bukan oversea, tapi tu lah, rezeki masing-masing lain-lain kan. Aku redha dengan ketentuan Allah ni. Sebab aku percaya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan cepat melenting atau putus asa atau mengeluh pabila diturunkan ujian.
Sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang itu di luar kemampuannya.
So, UniSZA! Here I come!
(=^_^=)