BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah. Aku masih diberi pinjaman mata, hidung, telinga, mulut dan seluruh anggota badan untuk menjadi manusia pada hari ini. Sesungguhnya ini merupakan nikmat yang paling berharga bagi setiap manusia di muka bumi ini.
Hari ini, 6 September 2013 bersamaan dengan 30 Syawal 1434H, merupakan hari yang ditunggu-tunggu kerana aku akan kembali semula ke bumi Terengganu. To be specific, Besut.
Kenapa Besut?
Bukan Kuala Terengganu ke?
Okay. Macam ni. Unisza ada buka lagi satu kampus di Tembila, Besut. Dan fakulti aku merupakan salah satu fakulti yang bertuah kerana terpilih untuk berpindah ke kampus baru.
I don't know how to describe the true feeling towards this matter.
First, aku rasa excited. Yela, dapat sambung sem 3 di kampus baru. Everything is new! Bangunan akademik, hostel, kafe, library, masjid, bilik kuliah and so on, semuanya baru. Tambahan pulak prof a.k.a dekan fakulti aku kata kampus Besut ni BESAAAAAAR sangat, for sure aku rasa excited for that.
But.
Aku rasa takut + risau + sedih. Takut sebab tu kampus baru. Faham-faham jela kan. Huhu. Hopefully takde sape yang mulutnya tiada insurans x)
Risau sebab aku skang dah masuk Tahun kedua. Which means aku sudah ada junior lah! Hehe. Aku risau sekiranya aku tak mampu menjadi senior yang baik. I know it sounds a lil bit 'poyo' but that's the truth that I have to face.
Sedih sebab my holiday is over! Waaaaa.
(Mengada betul Cik Aina ni) x)
Walau apapun, aku perlu bersyukur kerana masih mampu meneruskan pengajian, masih mampu menuntut ilmu demi memperbaiki diri aku sendiri. Tak rugi pun menuntut ilmu ni. Malah dapat pahala yang banyak. Sebab Allah memang suruh kita belajar dan mengajar kan?
Konklusinya, aku gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran di UniSZA. Walaupun bukan oversea, tapi tu lah, rezeki masing-masing lain-lain kan. Aku redha dengan ketentuan Allah ni. Sebab aku percaya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan cepat melenting atau putus asa atau mengeluh pabila diturunkan ujian.
Sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang itu di luar kemampuannya.
So, UniSZA! Here I come!
(=^_^=)
jadikan Allah tu main dan vital support kita, inshaAllah semua benda jadi mudah :)
ReplyDeletejuga, jangan tinggal solat dan recite Quran selalu.
jaga hati baik-baik ya dik ;) may Allah ease your journey, in this world and the here after. amin!
Welcome to besut..
ReplyDeleteKampus unisza besut..15 min je dr umah akak..jika perlu 'prebet sapu' atau 'homestay bajet'..homestay 5 min je ke pantai..200 m dr jalan utama..just call 013 8809140
ReplyDelete