Saturday, 1 November 2014

Layakkah Kita Ke Syurga ?

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah. Harini Allah buka pintu hati ni untuk mencoret sesuatu dalam blog ni.
Frankly speaking, supposedly, aku takkan ada masa untuk menaip or share something in this blog untuk waktu sekarang ni. Lagi-lagi dengan esaimen and test yg berlambak tu.
But you know me right? Ahahaha

Harini, aku terasa nak cakap something yg aku rasa sgt ‘kena’ dengan situasi aku dan korang-korang yg sedang membaca ni.

Dari tajuk pun macam dah TERSENTAP sikit kan?

“LAYAKKAH KITA KE SYURGA?”

Ask that question to yourself.
Then, answer it.

Basically, tajuk ni bukan terbit dari kotak fikiran aku sendiri. Ini adalah perkongsian daripada group usrah aku bulan lepas. Lama dah kan? Memang pun. Cuma sekarang ni baru rasa nak menulis. Sebelum ni malas. Serious talk.

Every day, generally, kita akan buat benda yg sama. Bangun pagi, mandi, siap-siap pergi kuliah, balik kuliah, makan, rehat jap, buat esaimen, meeting, tido and so on. Tapi adakah kita sedar setiap tingkah laku kita tu ada tak yg mengingatkan kita kepada Maha Pencipta kita? Perasan tak?

Bukan nak bajet bagus. Benda ni pun aku tuju pada diri sendiri jugak. Jangan fikir lain okay?

Daripada usrah tu, aku dapat la catat sikit beberapa point yg aku rasa PERLU dikongsikan dengan korang semua :)

There are FIVE simple steps to ‘makeover’ yourself to be a better one.

First, MELAZIMI TAUBAT.



Macam mana tu? Okay. Let say, that day kita rasa kita ada buat salah dengan someone. Kita jangan la ego sangat sampai nak minta maaf pun rasa payah. Memang perasaan malu akan timbul bila nak mengaku salah tu kan. Tapi sanggup ke kita nak tanggung malu depan khalayak ramai sewaktu di Padang Mahsyar nanti? Better if we settle it out sementara masih hidup di dunia ni. Then, sebelum nak tidur tu, muhasabah diri. Terus cepat-cepat bertaubat. Janji dengan diri sendiri tak nak ulang dah kesilapan yg sama. Every day sepatutnya kita buat macam ni. Supaya diri kita tak leka dan tak rasa bersalah pun even though benda yg kita buat tu sebenarnya tak betul.

Second, MENJAGA SOLAT 5 WAKTU.



Solat adalah tiang agama. Semua tau kan? Kalau solat pun tak terjaga, macam mana hidup nak sempurna? Try practice diri tu solat di awal waktu. Solat berjemaah lagi la bagus. Free-free je dapat pahala 27 kali ganda. Kena la sedar wahai sahabat-sahabatku yg PAHALA dan DOSA itu kedua-duanya mudah untuk kita dapat. So, pandai-pandai la control diri masing-masing tu okay? Solat awal waktu ni salah satunya kita akan dapat KEBERKATAN MASA. Apa maksudnya tu? Contohnya, sekarang ni waktu Zohor di Tembiland ni ialah 12.56 pm. Bila dah azan, cepat-cepat la perform solat tu. Then, kita akan sedar, sebenarnya banyak masa lagi yg tinggal sebelum waktu Asar pulak. During that time, banyak benda kita boleh buat. So, no need to rushing. Am I right?

Third, BERKAWAN DENGAN ORANG YG BAIK.




Sahabat-sahabatku, bersyukurlah sekiranya anda dikelilingi orang yg sentiasa menasihati anda. Even kadang-kadang kita rasa macam dah penat sangat nak dengar kawan ni membebel ajak pegi surau la, pegi usrah la, study la ape la bla bla bla. But hey, it means yg kawan kita tu tak nak duduk sorang-sorang kat syurga nanti. Kawan kita tu nak hidup berjiran dengan kita dlm syurga nanti. Isn’t that awesome? Try lembutkan hati and try buat apa yg kawan kita suruh tu. Tapi make sure that thing untuk kebaikan la. Kalau untuk keburukan tu, kena pandai-pandai fikir sendiri la ape consequences nya. Benda baik ni memang pada asalnya kena paksa diri dulu. Then, insyaAllah, bila dah konsisten, benda tu akan jadi kebiasaan. May Allah ease your way :)

Fourth, HUKUM DIRI SENDIRI.




Hukum diri sendiri ni maksudnya bila kita dah TERbuat dosa or salah, cepat-cepat marah kat diri sendiri tu. Or bagi denda pada diri sendiri. Contohnya, kita terlepas solat Subuh sebab tido lewat semalam. Bila dah bangun tu, cepat-cepat qadha solat then punish youself by not eating the whole day. Haaa mesti kita akan lapar gila and menyesal sebab skip solat Subuh. By doing that, actually, kita akan disiplinkan diri kita sendiri. And sebenarnya kita akan memanipulasi si syaitan durjana. Yela, at first, si syaitan gelak ketawa sebab kita skip solat. Tapi tiba-tiba si syaitan ni menangis sebab tengok kita qadha solat dan sanggup punish diri sendiri. Ni Cuma contoh la. Boleh je nak punish diri sendiri tu dengan cara yg lain.

And last but not least, BACA AL-QURAN, DOA DAN ZIKIR.




Sesibuk mana pun kita dengan rutin hidup kita, jangan pernah lupa untuk membaca Al-Quran. Make the Al-Quran as your love letters. Kalau kita ni dapat surat cinta, mesti tiap-tiap hari nak baca kan? Same goes here. Al-Quran itu adalah surat cinta daripada Allah untuk kita hambaNYA. Kalau nak cerita satu-persatu nilai cinta yg ada dalam Al-Quran tu, MasyaAllah, banyaknya laa hai. So, why don’t you figure it out? Remember, we are never FOREVER ALONE because Allah is always by our side. Sentiasa berdoa dan berzikir. On the way nak pegi kelas tu, instead of sembang-sembang kosong or mengelamun teringat pakwe makwe tepi tingkap tu, lebih baik berzikir. Tau-tau je tenang je hati tu. Rasa senang hati je.


So, I guess tu jela mampu yg aku kongsikan. Segala kekurangan mohon dimaafkan. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment