Thursday, 1 January 2015

Selamat Tahun Baru !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM.

ALHAMDULILLAH.
Allah panjangkan umurku sehingga ke hari ini.

ALHAMDULILLAH.
Allah masih memberikan pinjaman oksigen serta tubuh badan untukku.

ALHAMDULILLAH.
Allah masih mengurniakan pelbagai nikmat kepadaku.

ALHAMDULILLAH.
Untuk semuanya.

Kalau aku mahu bercerita tentang nikmat Allah satu-persatu, Subhanallah, sesungguhnya aku tak mampu.
Satu perkara yg perlu kita sedar ialah Allah masih MENUTUP AIB kita di depan org lain.
Oleh sebab itu, kita masih mampu bergelak ketawa menonjolkan diri di khalayak ramai.

Betul tak?

Jadi, BERSYUKURLAH :)

The main point yg cuba aku sampaikan dalam entry ni bukanlah untuk menyampaikan ceramah.
Sekadar luahan hati kecilku cewahhhh.

Bukan apa.

Tak perlu nak tengok jauh-jauh.
Malaysia sekarang ni.
Macam-macam ujian yg Allah dah bagi.
Macam-macam kejadian yg dah menimpa.
Dari kes MH 370 hingga la yg paling latest, banjir besar.

Aku bukanlah orang yg layak untuk mengkritik tentang hal ni.
Tapi, aku cuma nak bagitau.
DUNIA sekarang dah UZUR.

Paham tak UZUR tu apa?

Tadi, aku buka Instagram.
Mula-mula buka, terus terpampang gambar LIANG LAHAD.
Dengan caption “Are you ready?”

MasyaAllah.
Aku sendiri GAGAP nak jawab soalan tu.

Kita sedar MATI itu PASTI.
MATI itu bila-bila masa pun boleh.
Tapi, sikap dan amalan kita sikit pun tak menggambarkan yg kita ni takut untuk mati.

Kenapa ya?
Amalan dah cukup eh?



No comments:

Post a Comment