Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah lama ingin ku meluahkan ketidakpuasan hatiku di sini.
Bukan apa.
Hari demi hari, daripada apa yang aku observe..
"People nowadays takes very lightly about their SOLAH"
Tak faham?
"Sekarang ni ramai sungguh orang yang ambil sambil lewa pasal SOLAT"
Tu aku dah sebut dua kali dah tu. Kalau tak faham-faham lagi, ceq tatau la nak habaq lagumana dah!
Tidakkah kau sedar betapa pentingnya menjaga solat itu?
Tidakkah kau sedar betapa indahnya menjaga solat itu?
Tidakkah kau sedar betapa rindunya Allah nak mendengar rintihan dan doa daripadamu?
:(
Kita sebenarnya SILAP. Kita selalu je mengeluh bila tak dapat apa yang kita hajatkan. Pahtu nak salahkan takdir. What the fishhhhhh???
Solah is really beautiful.
I mean, it's REALLY REALLY REALLY BEAUTIFUL.. MasyaAllah :')
That moment bila kau solat, kau akan rasa ketenangan yang amat tenang, yang kau sendiri pun tak tau macam mana boleh rasa macam tu. I mean, it's really wonderful !
Cintailah SOLAT. Tak rugi beb kalau jaga solat ni. Tak rugi langsung !
But one thing yang aku nak tegur sikit ialah pasal PENAMPILAN kita sewaktu menunaikan solat.
Bila kita nak travel or pergi shopping mall, or ke mana-mana jela tempat, kita always make sure pakaian kita bersih, tak kedut, wangi etc etc etc.
Tapi bila nak solat, aiii selamba betul pakai jubah yang dah tak basuh seminggu (ni khas untuk jejaka) and telekung yang bertahi lalat entah dari zaman Tok Kaduk agaknya (khas untuk ladies).
Aku jadi sakit mata tengok orang pegi solat macam tu. Tiba-tiba terbit rasa nak marah.
Takdela. Kau nak pergi mengadap Allah, Tuhan yang satu, Tuhan yang sukakan kecantikan dan keindahan.. Tapi kau selamba badak sumbu je pakai baju atau kain yang dah kotor. Bau dia jangan citer la kan. Kepam ! Masam !
Sedih la dengan manusia macam ni. Serius sedih.
Bukan payah pun nak basuh jubah/baju/kain/telekung kau tu.
Cepat je kan nak kering.
Apa? Kau nak bagi alasan sebab telekung kau ada SATU je?
Seriously la beb. SATU je?
Untuk yang ada masalah kewangan, aku bukan nak menghina korang.
Cuma, kalau ada satu je telekung tu, make sure basuh la telekung tu bila kau datang bulan.
Yang lelaki pulak takde masalah sepatutnya.
Korang boleh je pakai tshirt or kemeja instead of jubah kan.
So supposedly takde la masalah baju berbau or kotor.
Ni yang aku nak menyirap sikit ni kat mereka mereka yang boleh berbelanja besar beli baju branded branded tapi tak mampu nak beli lebih daripada satu telekung yang berlambak jual murah kat Jalan TAR tu. Huh !
Okay la. Bukan kat Jalan TAR je ada jual telekung. Kat tempat lain pun banyak jugak. Tu perumpaan semata-mata. Harap maklum.
Wahai lelaki dan wanita seMuslimku,
Jangan pernah rasa berat untuk melaburkan wang anda ke jalan yang benar.
Kau mungkin rasa banyaknya duit habis nak beli telekung, baju besar bla bla bla.
Tapi kau sedar tak pelaburan kau yang tak seberapa tu boleh menjanjikan syurga yang tak ternilai harganya tu untuk kau? Sedar tak? Dah sedar dah?
Please, jaga penampilan sewaktu di dalam solat dan juga di luar solat.
Baru lah seimbang dunia akhirat.
Ni, harap je hebat berbicara "kena seimbang dunia akhirat" kat fesbuk, twitter, instagram, tapi nak keluar duit sikit untuk sedekah pun rasa berat. Ape ni ape ni ape ni ????
Tolong sebarkan eh kepada sesiapa yang membaca ni.
Mohon anda tersentap.
Thursday, 9 July 2015
Tarbiah Sentap Versi Nadira Roshdan
Sunday, 5 July 2015
Menikmati sisa-sisa waktu latihan praktikal ~~
Bersyukur sangat sebab finally aku berjaya nak menghabiskan internship for this sem.
P/s : Bila la nak sambut Ramadhan sebagai zaujah nih ;)
Bersyukur sangat sebab everything went well, hubungan dengan boss, dengan supervisor, dengan staff company semua okay okay jaa.. Alhamdulillah..
Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, bulan mulia ni..
Apa salahnya kita merapatkan lagi silaturrahim antara manusia.
Iftar sama-sama, sahur sama-sama, terawih sama-sama.. Aishhh sweet sungguh aih kalau lagutu..
Disebabkan nak mencapai tahap 'sweet' tu, kawan-kawan aku buat plan nak iftar sama-sama.
Kawan-kawan yg aku dok sebut ni students UniSZA jugak. Foodtecheroes forever gitu. Huhu
Depa ni yg dok praktikal kat area Shah Alam, KL, Selangor and paling jauh, Nilai ;)
Semalam, on 4th of July, 2015 bersamaan dengan 17 Ramadhan..
Kawan-kawan aku mai rumah.. siap bawak hadiah lagi..
Indah kan bersahabat kerana Allah?
Tak semestinya bagi hadiah waktu birthday jaa..
Sekali sekala bagi hadiah lagi la baguih.. Sweet yg halal.
Yg mula mula skali sampai org jauh, nuh dari Nilai tu..
Gigih naik KTM sampai Batu Caves. Pahtu kena naik teksi pulak nak mai rumah aku.. Haha
Thanks Nadiah and Intan sebab akhirnya dapat jejak kaki kat rumah iolls ni >_<
After that, kitorg semua siap siap nak pi Giant.
Nak shopping barang dapur lerr..
Kata nak kahwin, kena la tunjuk skill memasak :P
Tadaaaaa!
Simple je masakan kami..
Sotong masak sambal tumis, Kangkung masak belacan, Ikan bilis masak sambal tumis skali dengan telur, ikan kerisi goreng, and sup sayur.
Sebenaqnya, bukan sorang jaa chef.. Banyak campur tangan yg berlaku waktu memasak tu.
Bak kata Wonderpet, "Yang penting, KERJASAMA".. :D
Dia kalau tengah ramai ramai ni, selera nak makan tu bukan lain macam lagi..
Dahsyat..
Tapi Alhamdulillah, semua kenyang. Dan tadak pun yg cirit selepas makan. Tu yg penting. Haha
Lepas dah berjemaah makan ramai ramai, kita solat berjemaah pulak.
Terasa satu kemanisan di situ,
Kemanisan apa?
Kemanisan bersahabat dan melakukan ibadah bersama-sama.
Seriously, aku rindu dengan saat-saat macam ni..
Sejujurnya, benda-benda macam ni kita dapat rasa bila ada kat tempat blajaq.
Sebab kita dikelilingi sahabat yg banyak menegur, yg banyak bg nasihat, yg banyak bg semangat.
Sebab tu ada yg tak mampu nak istiqamah bila dah balik rumah, pasal tadak yg nak tegur.
Sayang sungguh..
Yg penting, DOA bagi hati tu ISTIQAMAH.
Sahabat tak selalunya ada dengan kita. Depa pun ada family yg depa kena kisahkan.
Before dorang nak balik, WAJIB laa selfie dulu.. Haha
Bahagianya tengok muka masing-masing.
Macam mana la tak bahagia kan.
Dah nak habis intern ;)
Ni laa hadiah yg aku dapat.
Terima kasih banyak-banyak.
Walaupun muka dia penyek sikit, perut dia tetap ke depan. Haha
Overall, semalam merupakan satu memori yg aku takkan lupa.
Sebab ni la first time sambut Ramadhan dengan kawan-kawan UniSZA.
Before this, puasa and raya memang kena waktu cuti sem, so tak dapat la nak merasa dengan depa.
Tahun ni Alhamdulillah, Allah bg jugak kami merasa kemanisan Ramadhan tu sama-sama.
Thanks sahabat-sahabatku..
Walaupun tak semua ada, tapi ukhuwah yg terjalin tu amat lah aku hargai.
P/s : Bila la nak sambut Ramadhan sebagai zaujah nih ;)
Friday, 19 June 2015
Bingkisan Rindu by Far East :)
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa
Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu
Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian
Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu
Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu
Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa
Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu
Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian
Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu
Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu
Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu
Friday, 10 April 2015
Pengorbanan
Yes. This entry is all about "PENGORBANAN".
Hati aku tergerak nak menulis sesuatu harini. And apa yg aku nak tulis ni berdasarkan apa yg aku dah observe hampir 3 bulan praktikal kat KL ni.
(Cewahhh 'observe' hang mekna bajet mcm lecturer je kan)
Haha.
Rata-rata pekerja kat company ni ialah mak orang, bapak orang, anak orang dan juga absolutely, orang. Macam aku ni.
Surrounding aku, memang pangkat kakak-kakak, makcik-makcik (but I called them 'akak' so lebih mesra gitew).
Everyday, aku tengok depa bekerja bagaikan tiada hari esok.
Okay takdela. Hiperbola sgt tu mekna oii..
Maksud aku, depa keja keras. Yg akak-akak, makcik-makcik ni, aku tengok keja dah macam org laki. Angkat kotak, angkat besen, angkat tong gas. Uishhh respek gila lah aku kat depa ni.
Sapa depa tu?
Mak orang :)
Pahtu, buat OT pulak. Nuhh, keja sampai 10 malam. Anak kat nursery sapa nak mai amek? Anak kat umah sapa nak bg makan? House chores suma sapa yg nak buat?
Bila aku tanya depa, depa kata, depa la yg buat semua tu.
Sapa depa tu?
Mak orang :)
Bangun awal pagi, kemas rumah, basuh baju, masak lauk siap-siap, hantar anak p skolah, then baru p keja.
Balik keja pun ada 'keja' lagi.
Nak masak untuk makan malam pulak. Nak prepare baju pampers anak untuk hantar ke nursery esok.
Nak hantar anak p tuisyen pulak.
Nak tengok anak buat keja skolah lagi.
Sapa depa tu?
Mak orang :)
Dah tu, bila nak rehatnya?
Fuhhhh.
Seriously, waktu aku mengarang ni, aku teringat kat mama aku. Betapa banyaknya mama dah korbankan masa, tenaga dan duit untuk aku :')
So.. Satu ja aku nak pesan kat sini.
Hangpa tolong la HARGAI ibu, mak, mama, mummy, ummi, bonda, dan segala mcm lg lah hangpa dok panggil mak hangpa.
Kesian tau mak-mak kita semua ni. Punya lah keja keras nak bagi anak makan. Tapi anak dok senang-lenang ja mintak duit makan itu ini cintan cintun semua :(
Tau MALU la wey.
Eh.. Aku bukan marah tau.
NASIHAT :)
Assalamualaikum.
Friday, 13 March 2015
Calon suami
"Kau nanti nak cari calon suami tak payah la yg hensem-hensem ni, nanti kau jugak tak senang duduk sbb ramai perempuan dok usha laki kau."
Hahaha.
Aku hanya mampu gelak je.
Tapi aku sedar dan yakin bahawa apa yg mama bagitahu tu 272.5690% benar.
Part ni paling banyak skali mama pesan kat aku.
"Ape pun, kau kena carik yg JAGA SOLATNYA, JAGA ADABNYA DENGAN ORG TUA, dan BAIK AKHLAKNYA."
Mesti engkorang akan cakap
"Eleh, tu common sgt ciri-cirinya. Sape tak nak laki baik"
Okay la. Aku terangkan sikit ape yg aku faham drpd pesanan mama aku tu.
Ape yg mama cuba sampaikan adalah sekiranya seorang lelaki itu mampu menjaga hubungannya dengan Allah, maka secara automatiknya dia mampu menjaga hubungan yg baik dgn manusia.
Setuju?
Sekiranya seorang lelaki itu sentiasa menjaga lima waktu solatnya, bererti dia seorang yg berdisiplin dan bertanggungjawab. InsyaAllah mampu menjadi pemimpin keluarga yg baik.
Setuju?
Jadi, setiap hari sebenarnya aku berdoa agar dikurniakan jodoh yg baik, jodoh yg dtg dari keturunan yg baik, yg mampu menjadi imam.
Yeah it sounds a little bit 'poyo'.
But I believe that each girl will do the same thing too.
P/s : I like guys with janggut :D
Monday, 9 February 2015
Surprises Everywhere !
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Tadaaaaaaa!!!
Fuhh
fuhh! Berhabuk seh blog nih.
Rase
macam lame bebeno dah tak hapdet blog.
Well,
RAJIN nak menaip tu kadang-kadang je wujud ;)
Okay,
kali ni aku nak cerita kisah dramatik yg berlaku pada 6 FEBRUARI 2015 yg lalu.
(drama
swasta kauuuuuuu)
Al-kisah..
6
FEBRUARI 2015 bersamaan dengan hari Jumaat, merupakan hari yg paling bermakna
buat aku sbb tu hari kelahiran my MAMA !
Her
47th birthday.
At
first, aku memang dah bagitau mama awal-awal yg aku memang tak balik weekend tu
sebab nak saving duit. Lagipun, aku akan balik rumah waktu Chinese New Year
nanti. Sbb dapat cuti 4 hari.
(Al-maklumlah, sejak dah berpraktikal ni,
cuti dua hari pun terasa amat berharga. Hihi)
So,
tepat 12 am pada 6 FEBRUARI 2015 tu,
aku
hantar la birthday wish kat mama.
Sedih
jugak la sbb tak boleh nak balik on her special day.
Yela,
dengan kondisi mama sekarang yg tak berapa nak okay, berat je rasa hati ni.
But,
guess what?
Idea
gila cik Nadira Roshdan sudah mari.. Haha
Hari
Jumaat tu, after aku dah habis keje, aku balik la rumah sewa cam biasa kan.
(Jalan
kaki je. Gaya hidup sihat.. Haha)
Sampai-sampai
je rumah, aku dapat mesej daripada Cik Sue thru Whatsapp.
Cik
Sue ingat aku ada kat Tg Malim.
Rupa-rupanya,
family Cik Su and family Cik Ngah memang dah planning nak buat surprise
birthday party kat mama Jumaat malam Sabtu tu.
Disebabkan
Cik Sue dapat tau aku tak balik Tg Malim, dia pun ape lagi.
Pujuk,
pujuk, pujuk dan pujuk aku supaya balik and celebrate birthday mama.
Giler
tak terpujuk?
Haha
So,
aku decide nak naik teksi utk ke KTM Batu Caves, and naik KTM pergi ke Stesen
Putra, and dari Stesen Putra terus ke Stesen Tg Malim.
But,
again, guess what?
Cik
Sue kata kat aku, “Takpe, Kak Yong siap-siap je. Nanti Cik Ngah datang mai amik
Kak Yong”.
Cik
Ngah aku tu dok kat Setapak. So, kiranya dalam satu haluan jugak la kalau nak
ke Tg Malim tu.
(Selamat
duit aku, ade org nak amik.. Hihi)
Pahtu,
aku cakap kat Cik Sue, thanks sbb aturkan planning mcm tu.
Then,
aku pesan jangan bagitau family aku pasal aku nak balik rumah ni. Nak buat
surprise kat semua org.. Hehe
Jumaat
malam tu, after Maghrib camtu, Cik Ngah amik aku kat Batu Caves nih.
Family
Cik Sue lak on the way dari Shah Alam.
Dipendekkan
cerita, selamat sampailah semuanya di Tg Malim.
Alhamdulillah
:D
Tak
nak citer lebih-lebih.
Korang
tengok jela video ni :)
*Mama
terkejut sampai menangis. Adik-adik aku pun terkejut tengok aku tiba-tiba ada
kat rumah. Heeeee
And
here are some of the pictures of that night. Enjoy lah ye :)
Ouh, lupa nak bagitau.
Malam tu pun celebrate birthday Ayah Sue (yg pakai baju hitam ni),
birthday Ayah Sue 4 Februari 2015.
Alang-alang dah dekat tarikh tu, sambut la skali kan. Jimatttttt :D
Thursday, 1 January 2015
Selamat Tahun Baru !
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM.
ALHAMDULILLAH.
Allah
panjangkan umurku sehingga ke hari ini.
ALHAMDULILLAH.
Allah
masih memberikan pinjaman oksigen serta tubuh badan untukku.
ALHAMDULILLAH.
Allah
masih mengurniakan pelbagai nikmat kepadaku.
ALHAMDULILLAH.
Untuk
semuanya.
Kalau
aku mahu bercerita tentang nikmat Allah satu-persatu, Subhanallah, sesungguhnya
aku tak mampu.
Satu
perkara yg perlu kita sedar ialah Allah masih MENUTUP AIB kita di depan org
lain.
Oleh
sebab itu, kita masih mampu bergelak ketawa menonjolkan diri di khalayak ramai.
Betul
tak?
Jadi,
BERSYUKURLAH :)
The
main point yg cuba aku sampaikan dalam entry ni bukanlah untuk menyampaikan
ceramah.
Sekadar
luahan hati kecilku cewahhhh.
Bukan
apa.
Tak
perlu nak tengok jauh-jauh.
Malaysia
sekarang ni.
Macam-macam
ujian yg Allah dah bagi.
Macam-macam
kejadian yg dah menimpa.
Dari
kes MH 370 hingga la yg paling latest, banjir besar.
Aku
bukanlah orang yg layak untuk mengkritik tentang hal ni.
Tapi,
aku cuma nak bagitau.
DUNIA
sekarang dah UZUR.
Paham
tak UZUR tu apa?
Tadi,
aku buka Instagram.
Mula-mula
buka, terus terpampang gambar LIANG LAHAD.
Dengan
caption “Are you ready?”
MasyaAllah.
Aku
sendiri GAGAP nak jawab soalan tu.
Kita
sedar MATI itu PASTI.
MATI
itu bila-bila masa pun boleh.
Tapi,
sikap dan amalan kita sikit pun tak menggambarkan yg kita ni takut untuk mati.
Kenapa
ya?
Amalan
dah cukup eh?
Subscribe to:
Posts (Atom)