Monday, 1 August 2016

CLARIFICATION (sambungan daripada previous entry)




Berkenaan dengan post sebelum ini, aku terima banyak feedback. Ada yang komen kat blog aku ni, komen dekat FB, private message dengan aku, and ada jugak ajak jumpa untuk tahu cerita sebenar. HAHA. Aku bersyukur sebab dengan wujudnya semua ni, aku tahu ramai lagi yang concern tentang aku cewahhhh. Perasan pulak :P

Wujudnya post ini adalah bertujuan untuk “clarify” certain things yang buat certain orang still tertanya-tanya pasal aku.

FIRST.

Aku ada lump or dalam Bahasa melayu or Bahasa yang lagi senang nak paham ialah KETULAN di bahagian breast kanan. I know this topic might be sensitive to certain people, but I’m writing this to give inspiration to certain people who might now face the same problem as me. Ketulan yang aku pernah ada ni BUKANLAH ketulan or biji kanser. BUT doctor sarankan aku buang jugak sebab ketulan tu mungkin boleh jadi kanser, disebabkan mak aku memang dah terang-terangan ada kanser. Okay setakat ni faham? Good. Macam aku, ketulan ni bila aku pegang, rasa smooth je. Kalau mak aku, masa mula2 dia check ada ketulan tu, dia rasa macam ketulan tu tak smooth permukaan dia. Macam menggerutu (I don’t know the exact word I should call it, but it was something like that la). When we asked the doctor, he said that was the difference between lump and cancer cell (correct me if I’m wrong wahai kawan2 ku yang bakal jadi doctor..huhu). Girls are advised to do regular check-up on your breasts every time your period ends. Do the check-up on your own. Ada blajaq kan dulu? Kalau tak pernah blajaq, pi tanya encik google nuh. PENTING tau ni. Kalau ada rasa musykil or pelik, terus jumpa doctor k. Aku dulu nasib baik la tergerak hati nak buat check-up sendiri. Nasib baik la dapat kesan awal kewujudan lump tu. Nasib baik la buang dah. And guess what? Lump tu boleh jadi sebesar bola pingpong. Jangan terkejut. I’m telling the truth. So, remember this okay girls?


SECOND.

Berkenaan dengan isu aku tak jadi ikat tali pertunangan tu. Ramai tanya pasal ni after aku post tu (rasa femes jap). Ada yang fikir aku cuma MENANGGUHKAN pertunangan itu. Ada yang fikir aku memang dah TAK JADI dengan lelaki tu. Ada yang fikir aku MASIH DALAM HUBUNGAN dengan lelaki tu. Ada yang fikir aku dah MOVE ON and ada HUBUNGAN dengan orang lain. Okay meh sini ceq nak habaq ni. Pasang telinga bukak mata bagi luas2 naa? Aku BUKAN dan TAK MENANGGUHKAN pertunangan tu. Aku CANCEL terus untuk bertunang. And aku TAKDE HUBUNGAN dah dengan lelaki tu. And aku sekarang TAKDE HUBUNGAN DENGAN SIAPA2 PUN. Jelas tak apa yang aku bagitau hgpa ni? Bukan apa. Kadang2 aku MELUAT sangat orang dok kata aku nak kahwin dah sebab dah ada calon. Nak kena tampaq ka? (maaf la jadi garang sat). Dengan wujudnya spekulasi2 sebegini, pergerakan aku menjadi terbatas. Aku gelak lebih sikit ja, nanti ada orang kata “Aina behave sikit, nak kahwin dah kan?”. Huishhhh aku punya menyampah la kat orang yang cakap macam tu sampai level 99. Pahtu aku tak boleh terima la bila orang kata aku dok selalu mesej dengan BOYFRIEND sebab aku selalu tidoq lambat, sebab aku selalu tengok handphone, sebab aku selalu senyum2 tengok handphone. Deyyy, dalam phonebook aku ada satu je ke nombor telefon? Aku whatsapp dengan SEORANG manusia je ke? Aku CALL SEORANG manusia je ke? Benda ni kadang2 orang tak nampak. Disebabkan sikap macam ni la, mungkin ada orang yang nak rapat or dekat dengan aku, dia tak jadi nak rapat sebab fikir aku tunangan orang. Please lah. Aku SINGLE and AVAILABLE okay? Haa tak memasal dah promote diri sendiri. Haha. SORRYYYYYYYYYY..

p/s: Agak2 mana yang berkenan dengan ceq, sila rujuk terus AYAH ceq naa? Nanti aku bagi nombor telefon dia ;)


Aku rasa ni jela yang aku nak clarify. Setakat ni la. Kalau ada lagi yang musykil, wujud la post yang seterusnya.. hehe 

Friday, 29 July 2016

Perancangan Tuhan tu MAHA HEBAT

I am the eldest. I got two sisters and a brother. I’m their sister, and also brother. Since I’m the eldest, I found that I’m much much more independent compared to them (cehhh perasan). Tapi betui laa. Kecik2 dulu aku ingat lagi. Aku dok dengan nenek aku kat Segamat meanwhile parents and adik2 aku dok kat Kelantan. I chose to live with Tok Mak because… errr I can’t really remember the reason I gave to my parents that time. Tapi yang aku tau aku memang rapat GILA dengan Tok Mak. My mama pernah bagitau yang aku teriak lagi OVER daripada pakcik and makcik aku waktu Tok Mak aku meninggal dunia (cute isn’t it? HAHA). Okay, that’s not the main point. Long story short, aku cakap dengan parents aku yang aku nak dok kat hostel bila aku sekolah menengah nanti. Alhamdulillah, rezeki aku jadi the SECOND BATCH at SMK SERI KENANGAN, SEGAMAT. Memang impian aku nak blajaq kat situ. Sempat la setahun menuntut ilmu menambah kenalan malah menjadi nakal kat situ sebelum ayah aku decide nak jadi pensyarah UPSI, which is in PERAK, which means aku kena pindah PERAK. Retak seribu hatiku bila dapat tahu yang family aku nak pindah PERAK. Berat hatiku nak meninggalkan SMKSK sebab seriously, a lot of memories were created there. Tapi apakan daya. I was only 13 that time and parents aku kata that I was too young untuk tinggal hostel yang jauh dengan family. Soooo, okay, aku kalah dengan perdebatan itu, then terpaksalah aku pindah ikut family. Bila dah pindah PERAK tu, I was like krik krik krik sebab yela, mana ada sape2 yang aku kenal kat situ. Masuk sekolah baru habis depa dok tanya asal mana, awat boleh pindah PERAK, sekolah mana dulu, berapa A UPSR, and lain2 soalan yang cliché. Oh ya lupa nak mention nama sekolah baru aku ni. SMK KHIR JOHARI, TG MALIM, PERAK (depan rumah aku ja sekolah ni). Aku sekolah kat sini sampai la aku form 3 sebab form 4 aku dapat offer masuk SBP kat Taiping. Tapi form 5 ada masalah sikit so aku back to SMK KHIR JOHARI semula. Sebab apa? Biasa la. Hidup siapa yang tak diuji ye dok? Result SPM aku biasa2 ja. Boleh la melayakkan aku untuk apply IPTA. Lepas tu, aku masuk KOLEJ MATRIKULASI PERAK, GOPENG. And then for degree, aku further study kat UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA). Nampak macam kejap je kan masa berlalu? Yes, I admit that. But for sure, dalam masa2 yang telah berlalu tu, ada BANYAK insiden or ujian yang terjadi, yang menyebabkan aku terfikir balik setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Sebelum hantar aku balik ke Seratas, tahun 2010 kot.

When I was at matric, my mother was diagnosed with breast cancer stage 2. At that time also I was diagnosed for having lumps. So in the same year, which was in 2012, my mother and I had surgery. Alhamdulillah both of us were fine after that. My mother recovered a year after the removal of her right breast. Dia boleh dah la pi mengajaq kat sekolah semula. Happy2 gelak2 garang2 dengan students dia. She was an English teacher at primary school. She was so lucky for having wonderful friends. Cikgu2 or kawan2 yang sama mengajaq dengan dia kat sekolah tu memang aku kenal la semua. Baik2 peramah and sangat caring kat mak aku. I was so glad. Then, at the end of 2014, dia asyik demam2, badan rasa lemah, and sakit2 badan especially area pinggang. At first, she thought it was just a fever. Tapi dah kalau selalu rasa sakit kat area tu, memang pelik la kan? So, we decided to bring her to HKL and guess what? Doktor cakap actually cancer tu dah datang balik. This time cancer cell dah merebak banyak tempat such as hati, tulang, tulang rusuk. Lama kelamaan tu cancer cell merebak ke paru2, and yang paling menakutkan kitorang kalau cancer cell tu attack mama punya saraf. Some of the cancer cell ada jugak naik sampai ke kepala dia, which I found ada ketulan masa aku urut kepala dia. Pelik kan kalau kau tengah urut kepala then suddenly kau rasa ada ketulan2 yang keras?? Boleh tahan besar jugak la ketulan tu. And for sure bukan ketulan macam jerawat tumbuh kat kepala tu k. Kalau yang jerawat tu kalau TERgaru, kompem boleh menangis woooo…
Selalu usik mama bila dia matchkan colour tudung dia dengan baju hospital ni.

Can you imagine that? I know she suffered so much. Tapi at the same time, SENYUMAN tak pernah lekang kat bibir dia. That’s why aku RESPECT dia. And that’s why jugak lah aku mampu KUAT wahai kawan2ku. Some of my friends ada yang tau tentang ni. And they kept asking me macam mana aku boleh relax and act as if nothing gone wrong. Beb, korang tak tau macam mana aku tahan air mata daripada meleleh waktu korang bercerita betapa sedapnya mak korang masak. Beb, korang tak tau betapa seksanya aku nak menghafal nota and study untuk exam, waktu aku bukak whatsapp and tengok gambar mak aku terbaring macam mayat hidup atas katil hospital. And beb, korang tak tau betapa sakitnya menahan suara ketika menangis di meja study supaya roommate tak perasan. Aku tau mungkin antara korang ada yang dah lalui macam apa aku tengah lalui ni. Aku tau tu. Just try to understand situation orang lain without asking too much. Caring tu kita boleh tunjuk melalui banyak cara lagi. Okay?
Mak kita memang suka selfie. Ikut siapa lah kan.

Every single day of my degree life, aku berdoa and berharap sangat supaya mak aku tak pergi tinggalkan aku. Sebab aku tak boleh bayangkan macam mana nak hadapi hari2 yang stress waktu study tanpa kata semangat daripada seorang EMAK. Aku stress aku call dia. Aku ada problem aku share dengan dia. Aku minat dress yang aku tengok dekat insta, aku screenshot and aku tanya pendapat dia. Ada kucing berak atas katil, aku bagitau dia. Aku diet tak makan nasi sebulan, aku inform kat dia and pahtu kena marah. Huhu. Everything wehhh aku share dengan dia. Dia tau aku suka siapa. Dia tau aku berkawan dengan siapa. Dia tau siapa best friend aku. Dia tau siapa yang bagi hadiah birthday kat aku. Dia tau aku meluat dengan siapa. Sebab tu bila dia pergi, aku memang macam lost giler.
Mama with Nabilah a.k.a Kak Chik. At least Nabilah sempat merasa mama datang tengok dia naik pentas and grad :(

Final paper exam was on 15th May 2016. Awal kan UniSZA habis? Memang betul lah setiap ketetapan Allah tu ada HIKMAHNYA. Korang ingat aku tak menangis ke bila dapat tau aku ditawarkan blajaq kat UniSZA ni? Menangis sedu2 baiii. Tapi tengok lah apa yang Tuhan nak tunjuk kat aku. Sebab masuk UniSZA lah aku sempat complete study aku and sempat jaga mak aku untuk 2 malam kat HKL sebelum dia hembus nafas terakhir and pergi meninggalkan aku buat selamanya. On 19th May 2016, tepat jam 6.15 pagi, dia pergi betul2 depan mata aku. Waktu tu aku je ada dengan dia. Adik aku pergi solat Subuh waktu tu. Syahdu. Sunyi. Sejuk. Sepi. Speechless. Semua lah aku rasa waktu tu. Aku rasa macam mimpi pun ada jugak. Menggeletar baiii tangan aku waktu pegang mak aku yang hanya tinggal jasad tanpa roh tu. Aku tak tau nak buat apa. A few seconds after that, aku cam waras balik and terus call nurse semua.

Then, mak aku dibawa ke unit forensic and after that, terus dibawa ke satu bilik untuk dimandikan. Aku berpeluang untuk mandikan dia. Nasib baik ada ustazah2 untuk guide aku mandikan jenazah. Yela, kursus mandikan jenazah waktu form 3 dulu, mana la nak ingat. Lepas dah betul2 bersih mandikan mak aku, ustazah bagi penghormatan supaya aku yang ambilkan wudhu’ untuk mak aku. Waktu mandikan dia aku okay je. Takde rasa nak menangis pun. Tapi bila tang nak amikkan wudhu’ tu, perghhh mata aku tiba2 jadi panas giler and kabur. Berderai-derai air mata aku. Tersedu-sedu. Aku memang tak boleh tahan dah waktu tu. Tak tau kenapa aku jadi sebak sangat2. Lepas tu, aku tengok mak aku dikapankan. Ya Allah.. Tenangnya muka mama. Sejuk hati aku tengok dia. Waktu tu rasa macam lega sangat2. Then, ayah aku suruh aku and adik aku naik van jenazah sampai la ke Tanjung Malim. Sepanjang perjalanan aku tak menangis. Okay je. Tapi rasa macam nak tampar2 muka sendiri jugak la sebab still rasa macam mimpi. But then, sampai je selekoh nak masuk simpang rumah aku, aku tengok MasyaAllah ramainya orang datang rumah aku. Dari hujung jalan dah berderet orang. Bila dah nampak ramai sangat orang macam tu, aku tiba2 rasa nak teriak. Turun dari van tu, aku terus carik lagi 2 orang adik aku. Adik lelaki tu aku tak nampak. Yang aku nampak adik perempuan aku lagi sorang tu. Aku terus pi kat dia and kitorang bertiga berpeluk sambil menangis. Waktu tu memang takde rasa malu dah. Lantak la orang nak kata apa. Huhu.

Reasons kenapa aku kata perancangan Tuhan tu HEBAT:

1) Macam aku citer mula2 tadi. Aku nak sangat duduk kat hostel kan. And aku macam berat hati bila family aku kena pindah Perak. TAPI Tuhan gerakkan hati aku supaya ikut family pindah ke Perak, supaya aku dapat spend masa lebih dengan mak aku and supaya aku tak menyalahkan diri sendiri sebab tak sempat nak jaga and tengok mak aku puas2.

2) Let say kalau aku stay kat SMKSK. Sekolah tu sekolah yang bagus juga. Ramai jugak after PMR tu pindah masuk SBP/MRSM and ramai jugak fly oversea untuk degree. Mana la tau kan if aku stay kat SMKSK and perform well during PMR, kompem masuk SBP pahtu terus sambung buat foundation ke ape ke then fly oversea. Kalau sekarang ni aku blajaq oversea, mana la sempat aku jaga and tengok mak aku menanggung sakit. Betul tak? And lebih parah, aku tak dapat nak berada di sisi dia waktu dia hembuskan nafas terakhir tu.

3) Aku dapat offer blajaq kat UniSZA yang pada mulanya memang aku tak berkenan langsung lah senang citer. Tapi tu la kan. Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta lah. Bila dah masuk, kenal UniSZA ni macam mana, tengok dengan mata kepala sendiri surrounding dia, dekat dengan pantai2 kat Ganu tu, aishhh memang aku jatuh cinta laaa. HAHA. Even jauh beratus kilometer dari rumah pun, at least still dalam Malaysia and boleh sampai cepat kalau naik flight yang hanya ambik masa sejam je. Bila boleh naik flight tu, aku rasa DEKAT je dengan mak aku.

4) Supposedly lepas aku habis degree ni aku ikat tali pertunangan dengan someone. Family lelaki tu memang dah datang rumah raya tahun lepas (2015) and menurut kata2 ibu dia, dorang akan hantar rombongan memang betul2 aku habis blajaq. Lepas dorang datang tu, aku teruskan solat istikarah dan mintak petunjuk. That time aku tengok mak dengan ayah aku tak berapa beria sangat pasal aku nak bertunang tu. So aku cakap baik2 dengan lelaki tu yang aku rasa aku tak boleh lagi nak bertunang dengan dia, sebabnya aku sendiri rasa bersalah kat parents aku lagi2 mak aku. Seolah-olah aku ni pentingkan diri pentingkan kebahagiaan aku je sedangkan mak aku tengah sakit and memang perlukan sokongan aku. Kalau aku jadi bertunang, aku akan berkahwin and for sure, aku akan ikut suami aku. Bila fikir macam tu, aku jadi berat hati sebab aku dah niat lama dalam hati yang aku nak jaga mak aku sampai habis hayat dia. So aku kena laksanakan apa yang aku dah janjikan. Sekarang baru aku tau kenapa mak aku tak beria waktu family lelaki tu datang. Rupa2nya dia nak bagitau yang hayat dia dah tak panjang and akan pergi selamanya.

5) Perginya mak aku meninggalkan kitorang 4 beradik menjadikan aku lebih berdikari. Aku sendiri dapat rasakan yang aku dah ada naluri keibuan. Huhu. Please jangan gelak. Hang gelak aku tampaq satgi. Bukan apa. Dah takde dah orang kat rumah tu yang nak ingatkan macam ni “Kak yong dah buang sampah?” “Kak yong dah basuh baju?” “Kak yong, bangun sahur!” “ Kak yong, jom puasa 6” “ Kak yong, mama teringin la nak makan carbonara”, etc. Benda2 macam ni aku kena fikir and ingat sendiri. Takde orang nak ingatkan dah. And frankly speaking, aku sebenarnya letih bila duduk kat rumah sebab otak aku sentiasa berfikir. Lepas ni nak buat apa, eh lupa belum masak nasi, eh lupa pulak kucing tak bagi makan lagi, eh eh eh macam2 la tiba2 nak teringat kan. Penat. And lagi penat and menyakitkan hati bila baca kat FB or Twitter, orang kata keje housewife ni semudah goyang kaki korek hidung baring 24 jam.

Ape pun, aku bersyukur. Ya, kena bersyukur. Sebab Allah pilih aku untuk rasa semua ni. Tak semua rasa apa yang kita rasa. And apa yang kita dah rasa and lalui tu sebenarnya Tuhan nak suruh kita ambil pengajaran dan iktibar, bukannya terus leka. Okay. Panjang sangat dah ni. Nanti aku rajin aku sambung menaip lagi :)

Some of sweet moments mama with papa
Tak ingat tahun bila. Muka masing2 muda je lagi. Huhu

Di Cameron Highland

When your mama and papa take a wefie..

Sweet kan beli baju yang sama kaler and stail?

Comel je tengok mama jogging :*

And ni lah gambar terakhir yang mama and papa snap bersama. Lokasi di Restoran Granny's, Jerteh, Terengganu.
You'll always be missed ma..

Al-Fatihah


Monday, 6 June 2016

Salam Ramadhan :)

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah. Allah still bagi aku peluang untuk hidup sampai hari ini.
Alhamdulillah. Allah still bagi aku peluang untuk sambut Ramadhan tahun ni.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah...

Right now is 2.10 am, and supposedly aku dah tidur sekarang ni.

Tapi entah kenapa.. I can't stop thinking of my MAMA..

Aku teringat saat-saat terakhir aku di sisi dia..
Aku teringat saat aku mengucap dua kalimah syahadah kat telinga dia..
Aku teringat saat aku mandikan dia, ambilkan wudhu' untuk dia, iringi dia dalam van jenazah, kucup pipi dan dahi dia buat kali terakhir..

Tiba-tiba aku teringat semua tu malam ni..

Itu yang buat aku payah nak tidur.. Tambah2 lak aku tengah tak sihat sekarang ni. Flu and cough..

Aku mengaku yang waktu aku menaip untuk entry ni, air mata aku bergenang.

Aku sedih sebab ni la first Ramadhan aku sambut tanpa seorang EMAK.

Tapi siapa la aku untuk persoalkan takdir Allah?

Ya.. Aku kena REDHA. Kena PASRAH dengan pemergian mama.

Changes need time. And I hope orang di sekeliling aku faham dengan keadaan aku.

Every time aku tengok gambar ni aku jadi sebak. Sebab aku tau yang tahun ni raya memang kami berlima je. Memang tiada lah istilah "baju raya sedondon", or "baju raya ikut tema" tahun ni..

Entry ni bukan untuk MERATAPI atau MENANGISI pemergian arwah mama aku.

AGAIN, aku ulang BUKAN untuk MERATAPI pemergian mama aku. Okay? Faham?

Aku and adik2 and my papa memang dah redha dengan pemergian mama.

Cuma kami memang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru ni.

I'm writing in this blog because I think that I could express my feeling well through words instead of talking to someone. I don't know why.

One fact about my late mama.

Dia sangat lembut and pemaaf. I mean, yeah sometimes ada la dia mengamuk kat kami adik-beradik sebab nakal kan.. But then, later, she will act normal as if nothing went wrong. Aku sendiri pernah cerita kat dia if aku rasa tak puas hati dengan orang lain. And you know what, dia cakap "maafkan orang tu, and jangan sesekali berdendam dengan orang lain".

Itu la yang selalu dia praktikkan dalam hidup dia.

Thanks ma for giving me such a wonderful advice.

Banyak lagi advice yang dia dah bagi. Tapi nanti la aku share dalam blog ni.

InsyaAllah I will continue the writing.. Till we meet again :)

P/s: For those yang ada simpan or post gambar mak aku yang ada terbuka aurat, I'm BEGGING you to delete it. PLEASE...

Monday, 14 March 2016

I love my life


Aku merupakan anak sulung. Ada 3 orang adik yg super MasyaAllah macam2 jenis perangai ada. Baru 3. Tak tau la yg ada adik ramai tu macam mana.

Okay. Tu bukan main point. 

Sekarang, aku tengah final year. Korang tau jela kan kalau dah final year, tugasan or assignment or project yg diberi bukan main dahsyat "kesenangannya".

Well, lain orang lain dugaannya.

Macam aku, aku diuji dengan projek FYP yg sememangnya menimbulkan KONTROVERSI kat U aku ni.. Femes kejap.. Haha

Then, diuji pula dengan ahli keluarga yg sakit teruk.

And ahli keluarga tu ialah My mama.

At the beginning it was breast cancer, and now the cancer cell has spreaded all over her body and it's already in Stage 4.

Quite tough huh?

Di saat aku busy menjalankan analisis, dan juga mengumpul data, dan juga key-in data, dan juga membetulkan format thesis, di saat itu lah aku dapat tau yg mak aku kesihatan dia makin teruk.

Betul kata orang, kalau kita bersandar pada tiang lama-lama, tiang tu akan roboh. Tapi kalau kita bersandar dan berharap hanya kepadaNya, kita akan sentiasa redha dan tenang dalam menghadapi ujianNya.

Ya, betul sangat tu. Sangat betul.

Tapi aku nak tanya. 

Adakah konsep itu kau pernah apply dalam hidup kau? Aku cuba apply tapi sangat susah. Mana mungkin aku mampu fokus bila tau orang tersayang bermatian-matian menahan sakit. Mana mungkin.

You see. 

Sometimes bila kau tengok orang yg selalu buat lawak, selalu gelak, dia tu la sebenarnya yg tengah sedih. And percayalah, aku selalu mengarut dengan kawan-kawan aku sebab aku tak nak terlalu memikirkan masalah-masalah aku ni. Apapun, maafkan aku if ada yg terasa or tersinggung dengan perbuatan aku.

Kadang-kadang, selalu tanya kat diri sendiri "Kenapa aku yg diuji sebegini?" "Sangat berdosakah aku?"

Yeah, you know, that kind of thoughts.

Tapi tak baik sebenarnya mempersoalkan takdir Allah. Aku terima dengan hati lapang ujianMu ini. 

Sebab ujian-ujian macam ni lah aku jadi lebih MATANG and KUAT.

So, sisters and brothers kat luar sana.. 

Kalau rasa dah lemah sangat, just cry it out. Believe me, you'll get the strength after you let it out.

P/s: aku lebih suka kau tanya personally dekat aku bout this matter instead of asking in front of other people. Sebab. Aku tak suka menangis depan ramai orang.. Huhuhu