I am the eldest. I got two
sisters and a brother. I’m their sister, and also brother. Since I’m the
eldest, I found that I’m much much more independent compared to them (cehhh
perasan). Tapi betui laa. Kecik2 dulu aku ingat lagi. Aku dok dengan nenek aku
kat Segamat meanwhile parents and adik2 aku dok kat Kelantan. I chose to live
with Tok Mak because… errr I can’t really remember the reason I gave to my
parents that time. Tapi yang aku tau aku memang rapat GILA dengan Tok Mak. My
mama pernah bagitau yang aku teriak lagi OVER daripada pakcik and makcik aku
waktu Tok Mak aku meninggal dunia (cute isn’t it? HAHA). Okay, that’s not the
main point. Long story short, aku cakap dengan parents aku yang aku nak dok kat
hostel bila aku sekolah menengah nanti. Alhamdulillah, rezeki aku jadi the
SECOND BATCH at SMK SERI KENANGAN, SEGAMAT. Memang impian aku nak blajaq kat
situ. Sempat la setahun menuntut ilmu menambah kenalan malah menjadi nakal kat
situ sebelum ayah aku decide nak jadi pensyarah UPSI, which is in PERAK, which
means aku kena pindah PERAK. Retak seribu hatiku bila dapat tahu yang family
aku nak pindah PERAK. Berat hatiku nak meninggalkan SMKSK sebab seriously, a
lot of memories were created there. Tapi apakan daya. I was only 13 that time
and parents aku kata that I was too young untuk tinggal hostel yang jauh dengan
family. Soooo, okay, aku kalah dengan perdebatan itu, then terpaksalah aku pindah
ikut family. Bila dah pindah PERAK tu, I was like krik krik krik sebab yela,
mana ada sape2 yang aku kenal kat situ. Masuk sekolah baru habis depa dok tanya
asal mana, awat boleh pindah PERAK, sekolah mana dulu, berapa A UPSR, and lain2
soalan yang cliché. Oh ya lupa nak mention nama sekolah baru aku ni. SMK KHIR
JOHARI, TG MALIM, PERAK (depan rumah aku ja sekolah ni). Aku sekolah kat sini
sampai la aku form 3 sebab form 4 aku dapat offer masuk SBP kat Taiping. Tapi
form 5 ada masalah sikit so aku back to SMK KHIR JOHARI semula. Sebab apa?
Biasa la. Hidup siapa yang tak diuji ye dok? Result SPM aku biasa2 ja. Boleh la
melayakkan aku untuk apply IPTA. Lepas tu, aku masuk KOLEJ MATRIKULASI PERAK,
GOPENG. And then for degree, aku further study kat UNIVERSITI SULTAN ZAINAL
ABIDIN (UniSZA). Nampak macam kejap je kan masa berlalu? Yes, I admit that. But
for sure, dalam masa2 yang telah berlalu tu, ada BANYAK insiden or ujian yang
terjadi, yang menyebabkan aku terfikir balik setiap ketentuan yang telah ditetapkan
oleh Allah.
Sebelum hantar aku balik ke Seratas, tahun 2010 kot.
When I was at matric, my mother
was diagnosed with breast cancer stage 2. At that time also I was diagnosed for
having lumps. So in the same year, which was in 2012, my mother and I had
surgery. Alhamdulillah both of us were fine after that. My mother recovered a
year after the removal of her right breast. Dia boleh dah la pi mengajaq kat
sekolah semula. Happy2 gelak2 garang2 dengan students dia. She was an English
teacher at primary school. She was so lucky for having wonderful friends. Cikgu2
or kawan2 yang sama mengajaq dengan dia kat sekolah tu memang aku kenal la
semua. Baik2 peramah and sangat caring kat mak aku. I was so glad. Then, at the
end of 2014, dia asyik demam2, badan rasa lemah, and sakit2 badan especially
area pinggang. At first, she thought it was just a fever. Tapi dah kalau selalu
rasa sakit kat area tu, memang pelik la kan? So, we decided to bring her to HKL
and guess what? Doktor cakap actually cancer tu dah datang balik. This time
cancer cell dah merebak banyak tempat such as hati, tulang, tulang rusuk. Lama
kelamaan tu cancer cell merebak ke paru2, and yang paling menakutkan kitorang
kalau cancer cell tu attack mama punya saraf. Some of the cancer cell ada jugak
naik sampai ke kepala dia, which I found ada ketulan masa aku urut kepala dia.
Pelik kan kalau kau tengah urut kepala then suddenly kau rasa ada ketulan2 yang
keras?? Boleh tahan besar jugak la ketulan tu. And for sure bukan ketulan macam
jerawat tumbuh kat kepala tu k. Kalau yang jerawat tu kalau TERgaru, kompem boleh
menangis woooo…
Selalu usik mama bila dia matchkan colour tudung dia dengan baju hospital ni.
Can you imagine that? I know she
suffered so much. Tapi at the same time, SENYUMAN tak pernah lekang kat bibir
dia. That’s why aku RESPECT dia. And that’s why jugak lah aku mampu KUAT wahai
kawan2ku. Some of my friends ada yang tau tentang ni. And they kept asking me
macam mana aku boleh relax and act as if nothing gone wrong. Beb, korang tak
tau macam mana aku tahan air mata daripada meleleh waktu korang bercerita
betapa sedapnya mak korang masak. Beb, korang tak tau betapa seksanya aku nak
menghafal nota and study untuk exam, waktu aku bukak whatsapp and tengok gambar
mak aku terbaring macam mayat hidup atas katil hospital. And beb, korang tak
tau betapa sakitnya menahan suara ketika menangis di meja study supaya roommate
tak perasan. Aku tau mungkin antara korang ada yang dah lalui macam apa aku
tengah lalui ni. Aku tau tu. Just try to understand situation orang lain
without asking too much. Caring tu kita boleh tunjuk melalui banyak cara lagi.
Okay?
Mak kita memang suka selfie. Ikut siapa lah kan.
Every single day of my degree
life, aku berdoa and berharap sangat supaya mak aku tak pergi tinggalkan aku.
Sebab aku tak boleh bayangkan macam mana nak hadapi hari2 yang stress waktu
study tanpa kata semangat daripada seorang EMAK. Aku stress aku call dia. Aku
ada problem aku share dengan dia. Aku minat dress yang aku tengok dekat insta,
aku screenshot and aku tanya pendapat dia. Ada kucing berak atas katil, aku
bagitau dia. Aku diet tak makan nasi sebulan, aku inform kat dia and pahtu kena
marah. Huhu. Everything wehhh aku share dengan dia. Dia tau aku suka siapa. Dia
tau aku berkawan dengan siapa. Dia tau siapa best friend aku. Dia tau siapa
yang bagi hadiah birthday kat aku. Dia tau aku meluat dengan siapa. Sebab tu
bila dia pergi, aku memang macam lost giler.
Mama with Nabilah a.k.a Kak Chik. At least Nabilah sempat merasa mama datang tengok dia naik pentas and grad :(
Final paper exam was on 15th
May 2016. Awal kan UniSZA habis? Memang betul lah setiap ketetapan Allah tu ada
HIKMAHNYA. Korang ingat aku tak menangis ke bila dapat tau aku ditawarkan
blajaq kat UniSZA ni? Menangis sedu2 baiii. Tapi tengok lah apa yang Tuhan nak
tunjuk kat aku. Sebab masuk UniSZA lah aku sempat complete study aku and sempat
jaga mak aku untuk 2 malam kat HKL sebelum dia hembus nafas terakhir and pergi
meninggalkan aku buat selamanya. On 19th May 2016, tepat jam 6.15
pagi, dia pergi betul2 depan mata aku. Waktu tu aku je ada dengan dia. Adik aku
pergi solat Subuh waktu tu. Syahdu. Sunyi. Sejuk. Sepi. Speechless. Semua lah
aku rasa waktu tu. Aku rasa macam mimpi pun ada jugak. Menggeletar baiii tangan
aku waktu pegang mak aku yang hanya tinggal jasad tanpa roh tu. Aku tak tau nak
buat apa. A few seconds after that, aku cam waras balik and terus call nurse
semua.
Then, mak aku dibawa ke unit
forensic and after that, terus dibawa ke satu bilik untuk dimandikan. Aku
berpeluang untuk mandikan dia. Nasib baik ada ustazah2 untuk guide aku mandikan
jenazah. Yela, kursus mandikan jenazah waktu form 3 dulu, mana la nak ingat.
Lepas dah betul2 bersih mandikan mak aku, ustazah bagi penghormatan supaya aku
yang ambilkan wudhu’ untuk mak aku. Waktu mandikan dia aku okay je. Takde rasa
nak menangis pun. Tapi bila tang nak amikkan wudhu’ tu, perghhh mata aku tiba2
jadi panas giler and kabur. Berderai-derai air mata aku. Tersedu-sedu. Aku
memang tak boleh tahan dah waktu tu. Tak tau kenapa aku jadi sebak sangat2.
Lepas tu, aku tengok mak aku dikapankan. Ya Allah.. Tenangnya muka mama. Sejuk
hati aku tengok dia. Waktu tu rasa macam lega sangat2. Then, ayah aku suruh aku
and adik aku naik van jenazah sampai la ke Tanjung Malim. Sepanjang perjalanan
aku tak menangis. Okay je. Tapi rasa macam nak tampar2 muka sendiri jugak la
sebab still rasa macam mimpi. But then, sampai je selekoh nak masuk simpang
rumah aku, aku tengok MasyaAllah ramainya orang datang rumah aku. Dari hujung
jalan dah berderet orang. Bila dah nampak ramai sangat orang macam tu, aku
tiba2 rasa nak teriak. Turun dari van tu, aku terus carik lagi 2 orang adik
aku. Adik lelaki tu aku tak nampak. Yang aku nampak adik perempuan aku lagi
sorang tu. Aku terus pi kat dia and kitorang bertiga berpeluk sambil menangis.
Waktu tu memang takde rasa malu dah. Lantak la orang nak kata apa. Huhu.
Reasons kenapa aku kata
perancangan Tuhan tu HEBAT:
1) Macam aku citer mula2 tadi. Aku
nak sangat duduk kat hostel kan. And aku macam berat hati bila family aku kena
pindah Perak. TAPI Tuhan gerakkan hati aku supaya ikut family pindah ke Perak,
supaya aku dapat spend masa lebih dengan mak aku and supaya aku tak menyalahkan
diri sendiri sebab tak sempat nak jaga and tengok mak aku puas2.
2) Let say kalau aku stay kat
SMKSK. Sekolah tu sekolah yang bagus juga. Ramai jugak after PMR tu pindah
masuk SBP/MRSM and ramai jugak fly oversea untuk degree. Mana la tau kan if aku
stay kat SMKSK and perform well during PMR, kompem masuk SBP pahtu terus sambung
buat foundation ke ape ke then fly oversea. Kalau sekarang ni aku blajaq
oversea, mana la sempat aku jaga and tengok mak aku menanggung sakit. Betul tak?
And lebih parah, aku tak dapat nak berada di sisi dia waktu dia hembuskan nafas
terakhir tu.
3) Aku dapat offer blajaq kat
UniSZA yang pada mulanya memang aku tak berkenan langsung lah senang citer. Tapi
tu la kan. Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta lah. Bila dah masuk, kenal
UniSZA ni macam mana, tengok dengan mata kepala sendiri surrounding dia, dekat
dengan pantai2 kat Ganu tu, aishhh memang aku jatuh cinta laaa. HAHA. Even jauh
beratus kilometer dari rumah pun, at least still dalam Malaysia and boleh
sampai cepat kalau naik flight yang hanya ambik masa sejam je. Bila boleh naik
flight tu, aku rasa DEKAT je dengan mak aku.
4) Supposedly lepas aku habis
degree ni aku ikat tali pertunangan dengan someone. Family lelaki tu memang dah
datang rumah raya tahun lepas (2015) and menurut kata2 ibu dia, dorang akan
hantar rombongan memang betul2 aku habis blajaq. Lepas dorang datang tu, aku
teruskan solat istikarah dan mintak petunjuk. That time aku tengok mak dengan
ayah aku tak berapa beria sangat pasal aku nak bertunang tu. So aku cakap baik2
dengan lelaki tu yang aku rasa aku tak boleh lagi nak bertunang dengan dia,
sebabnya aku sendiri rasa bersalah kat parents aku lagi2 mak aku. Seolah-olah
aku ni pentingkan diri pentingkan kebahagiaan aku je sedangkan mak aku tengah
sakit and memang perlukan sokongan aku. Kalau aku jadi bertunang, aku akan
berkahwin and for sure, aku akan ikut suami aku. Bila fikir macam tu, aku jadi
berat hati sebab aku dah niat lama dalam hati yang aku nak jaga mak aku sampai
habis hayat dia. So aku kena laksanakan apa yang aku dah janjikan. Sekarang baru
aku tau kenapa mak aku tak beria waktu family lelaki tu datang. Rupa2nya dia
nak bagitau yang hayat dia dah tak panjang and akan pergi selamanya.
5) Perginya mak aku meninggalkan
kitorang 4 beradik menjadikan aku lebih berdikari. Aku sendiri dapat rasakan
yang aku dah ada naluri keibuan. Huhu. Please jangan gelak. Hang gelak aku
tampaq satgi. Bukan apa. Dah takde dah orang kat rumah tu yang nak ingatkan
macam ni “Kak yong dah buang sampah?” “Kak yong dah basuh baju?” “Kak yong,
bangun sahur!” “ Kak yong, jom puasa 6” “ Kak yong, mama teringin la nak makan
carbonara”, etc. Benda2 macam ni aku kena fikir and ingat sendiri. Takde orang
nak ingatkan dah. And frankly speaking, aku sebenarnya letih bila duduk kat
rumah sebab otak aku sentiasa berfikir. Lepas ni nak buat apa, eh lupa belum masak
nasi, eh lupa pulak kucing tak bagi makan lagi, eh eh eh macam2 la tiba2 nak
teringat kan. Penat. And lagi penat and menyakitkan hati bila baca kat FB or
Twitter, orang kata keje housewife ni semudah goyang kaki korek hidung baring
24 jam.
Ape pun, aku bersyukur. Ya, kena
bersyukur. Sebab Allah pilih aku untuk rasa semua ni. Tak semua rasa apa yang
kita rasa. And apa yang kita dah rasa and lalui tu sebenarnya Tuhan nak suruh
kita ambil pengajaran dan iktibar, bukannya terus leka. Okay. Panjang sangat
dah ni. Nanti aku rajin aku sambung menaip lagi :)
Some of sweet moments mama with papa
Tak ingat tahun bila. Muka masing2 muda je lagi. Huhu
Di Cameron Highland
When your mama and papa take a wefie..
Sweet kan beli baju yang sama kaler and stail?
Comel je tengok mama jogging :*
And ni lah gambar terakhir yang mama and papa snap bersama. Lokasi di Restoran Granny's, Jerteh, Terengganu.
You'll always be missed ma..
Al-Fatihah
She's back! haha. sedih kutt ko tulis,deep...Jadi writer jela weyh haha. can't wait for the next post. tc. btw masak ap hrni?
ReplyDeleteI tgh pikir lg ni nak masak apa. Cadangan? Haha
DeleteShe's back! haha. sedih kutt ko tulis,deep...Jadi writer jela weyh haha. can't wait for the next post. tc. btw masak ap hrni?
ReplyDeleteBe strong dear sister. Love u sangat2.
ReplyDeleteAl Fatihah..
ReplyDeleteSemoga teacher sarah di tempatkan dengan golongan para syuhada...
ReplyDeletehaha ni pun baru baca..so deep..alhamdulillah sempat knl n sempat borak dgn arwah..mengalir air mata gua haha..well kau tau aku jenis cmne..murah air mata hehe.. Al-fatihah #staystronggirl
ReplyDelete