Saturday, 19 October 2013

12 BARISAN

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. Syukur,, kerana diberi peluang oleh Allah untuk mencoretkan sesuatu di blog harini.
Long time no update huh? ^_^
Bukan apa. Aku sebenarnya nak update.
Tapi ketandusan idea dan juga ketiadaan masa yang sesuai
(*^_^*)

Bismillahirrahmanirrahim..
Harini aku nak share sikit tentang apa yang aku belajar haritu.
Masa kelas Akidah & Akhlak, Ustaz Zamani (ustaz yang diberi amanah untuk mengajar kelas aku sem ni),
beliau ada menunjukkan satu video yang sememangnya membuatkan aku gerun.
Bukan aku je yang rasa camtu. Kawan-kawan aku pun sama.
Sebab keadaan-keadaan yang diberitahu dalam video tu tak dapat aku nak bayangkan.
Betapa sadisnya keadaan-keadaan itu..

Apakah keadaan-keadaan itu??




“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” 
Surah an-Naba’:18


BARISAN PERTAMA
Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.


“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.


“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.


“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.


“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.


“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.


“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.


“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.


“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

Allahu Allah..

Selepas menonton video tersebut, aku muhasabah diri.
Aku tanya kat diri sendiri..
"Adakah aku mahu tergolong antara 12 barisan ini?"
Sudah tentu ramai yang akan menjawab menginginkan barisan yang ke 12.
Kan?
Oleh itu, marilah sama-sama memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah.
Kepada satu-satunya Pencipta kita.
Kepada satu-satunya Pemberi rezeki kita.
Kepada satu-satunya Tuhan kita.

Tak rugi wahai sahabat sekalian jika kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang sia-sia dalam hidup kita demi mencapai cinta sejati terhadap Allah.

Allah pasti menjanjikan sesuatu yang jauh lebih indah di syurga firdausi kelak.

Wallahualam :)

No comments:

Post a Comment