Bersyukur sangat sebab everything went well, hubungan dengan boss, dengan supervisor, dengan staff company semua okay okay jaa.. Alhamdulillah..
Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, bulan mulia ni..
Apa salahnya kita merapatkan lagi silaturrahim antara manusia.
Iftar sama-sama, sahur sama-sama, terawih sama-sama.. Aishhh sweet sungguh aih kalau lagutu..
Disebabkan nak mencapai tahap 'sweet' tu, kawan-kawan aku buat plan nak iftar sama-sama.
Kawan-kawan yg aku dok sebut ni students UniSZA jugak. Foodtecheroes forever gitu. Huhu
Depa ni yg dok praktikal kat area Shah Alam, KL, Selangor and paling jauh, Nilai ;)
Semalam, on 4th of July, 2015 bersamaan dengan 17 Ramadhan..
Kawan-kawan aku mai rumah.. siap bawak hadiah lagi..
Indah kan bersahabat kerana Allah?
Tak semestinya bagi hadiah waktu birthday jaa..
Sekali sekala bagi hadiah lagi la baguih.. Sweet yg halal.
Yg mula mula skali sampai org jauh, nuh dari Nilai tu..
Gigih naik KTM sampai Batu Caves. Pahtu kena naik teksi pulak nak mai rumah aku.. Haha
Thanks Nadiah and Intan sebab akhirnya dapat jejak kaki kat rumah iolls ni >_<
After that, kitorg semua siap siap nak pi Giant.
Nak shopping barang dapur lerr..
Kata nak kahwin, kena la tunjuk skill memasak :P
Tadaaaaa!
Simple je masakan kami..
Sotong masak sambal tumis, Kangkung masak belacan, Ikan bilis masak sambal tumis skali dengan telur, ikan kerisi goreng, and sup sayur.
Sebenaqnya, bukan sorang jaa chef.. Banyak campur tangan yg berlaku waktu memasak tu.
Bak kata Wonderpet, "Yang penting, KERJASAMA".. :D
Dia kalau tengah ramai ramai ni, selera nak makan tu bukan lain macam lagi..
Dahsyat..
Tapi Alhamdulillah, semua kenyang. Dan tadak pun yg cirit selepas makan. Tu yg penting. Haha
Lepas dah berjemaah makan ramai ramai, kita solat berjemaah pulak.
Terasa satu kemanisan di situ,
Kemanisan apa?
Kemanisan bersahabat dan melakukan ibadah bersama-sama.
Seriously, aku rindu dengan saat-saat macam ni..
Sejujurnya, benda-benda macam ni kita dapat rasa bila ada kat tempat blajaq.
Sebab kita dikelilingi sahabat yg banyak menegur, yg banyak bg nasihat, yg banyak bg semangat.
Sebab tu ada yg tak mampu nak istiqamah bila dah balik rumah, pasal tadak yg nak tegur.
Sayang sungguh..
Yg penting, DOA bagi hati tu ISTIQAMAH.
Sahabat tak selalunya ada dengan kita. Depa pun ada family yg depa kena kisahkan.
Before dorang nak balik, WAJIB laa selfie dulu.. Haha
Bahagianya tengok muka masing-masing.
Macam mana la tak bahagia kan.
Dah nak habis intern ;)
Ni laa hadiah yg aku dapat.
Terima kasih banyak-banyak.
Walaupun muka dia penyek sikit, perut dia tetap ke depan. Haha
Overall, semalam merupakan satu memori yg aku takkan lupa.
Sebab ni la first time sambut Ramadhan dengan kawan-kawan UniSZA.
Before this, puasa and raya memang kena waktu cuti sem, so tak dapat la nak merasa dengan depa.
Tahun ni Alhamdulillah, Allah bg jugak kami merasa kemanisan Ramadhan tu sama-sama.
Thanks sahabat-sahabatku..
Walaupun tak semua ada, tapi ukhuwah yg terjalin tu amat lah aku hargai.
P/s : Bila la nak sambut Ramadhan sebagai zaujah nih ;)
Huiyoo pandainyaa masakk :D :D
ReplyDeleteAmatur lagi.. Haha
DeleteOverr tauu sbgai zaujahh hahahha :P
ReplyDeleteJgn risau. I jemput u nanti.. Hahahah
Delete