Monday, 30 December 2013
Exam Mode : ON
Thursday, 26 December 2013
Bila KAWAN jadi LAWAN Vs Bila LAWAN jadi KAWAN (kopipes)
BILA KAWAN JADI LAWAN
Dulunya jalan berpegangan tangan
Tak renggang macam langit dengan awan
Walaupun buruk dipuji rupawan
Derma seringgit digelar dermawan
Pandai bertutur bak cendekiawan
Sama-sama pasang angan
Sorang jadi angkasawan
Sorang lagi nak ternak haiwan
Tapi sekarang tengok muka terus sawan
Ini pulak nak ajak berpasangan
Memang kompem aku tangan-tangankan
BILA LAWAN JADI KAWAN
Pantang bersemuka dalam dewan
Terus jadi tak lalu makan
Rasa macam nak bagi penangan
Tak boleh langsung berpandangan
Hati gundah bergoncangan
Kaki tangan semuanya ringan
Tapi ingat sikit kawan
Tak semua jahat itu lawan
Dulunya benci kini kawan
Makan sepinggan minum secawan
Semuanya gara-gara tersilap pandangan
Bukan ke kita semua satu tujuan
BUAT APA KITA NAK BERLAWAN
Baik semua kita jadikan kawan
Hidup ni kan semuanya pinjaman
Tak kira manusia ataupun haiwan
Berbaik kita sesama insan
Hadirkan hati dengan iman
Barulah hidup ada pedoman
Segala yang elok dijadikan tauladan
Mana keji dijadikan sempadan
Barulah hidup dengan aman
Betul tak kawan-kawan?
p/s: Saya sayang kawan-kawan saya ♥
Monday, 23 December 2013
Don't Judge A Book By It's Cover ?
Wednesday, 27 November 2013
Just sharing (copy and paste) :)
"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah).
Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...
Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...
Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...
kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...
Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.
Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.
Ketahuilah wahai sahabat
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibuk kan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.
Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...
Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.
Aamiin"
Saturday, 19 October 2013
12 BARISAN
BARISAN PERTAMA
Wednesday, 2 October 2013
Thursday, 26 September 2013
Hikmah yang tersembunyi
Wednesday, 11 September 2013
Friday, 6 September 2013
UniSZA, here I come!
Thursday, 29 August 2013
A.U.R.A.T
Tell your wives and your daughters and the women of the believers to draw their cloaks (veils) all over their bodies (screen themselves completely except the eyes or one eye to see the way). That will be better, that they should be known (as free respectable women) so as not to be annoyed. And Allah is Ever Oft-Forgiving, Most Merciful"
But WAIT!
Itu tak bermaksud para lelaki boleh sesuka hati sahaja berpakaian dengan hanya menutup antara pusat hingga lutut. Looks weird right? x)
Aku sendiri akui yg dulu aku tidak begitu menjaga aurat apabila berada bersama-sama dengan sepupu-sepupu lelaki. Kerana telah menganggap mereka seperti adik beradik kandung.
Wednesday, 28 August 2013
Masihkah ada peluang kedua?
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Okayy. Dari tajuk entri pun kita boleh agak sebenarnya nak cakap pasal apa in this post. Frankly speaking, aku bukanlah sejenis manusia yang'hebat' bersastera ataupun bermadah ataupun membina ayat-ayat puitis mengalahkan novelis Aisya Sofea. (Ooopppsssss! Kenapa nak mention nama beliau? Eh, suke hati laa. My feveret novelist tuuuuu ^^) but, at least I'm trying to improve my writing skill so that you, you, and you boleh faham apa yg aku cuba sampaikan :)
Bismillahirrahmanirrahim.....
Dulu, aku merupakan salah seorang pelajar yg bertuah di SK Segamat Baru, Segamat, Johor kerana terpilih untuk menyertai sebuah kumpulan tarian yg sememangnya menjadi idaman aku. Actually, aku dah start menari since tadika lagi. Tapi maybe that time aku still shy shy cat utk menunjukkan bakat aku ni di khalayak ramai.
Starting from 2003, aku ceburi bidang tarian di mana aku diberikan kepercayaan utk menjadi ketua tarian bg pelajar perempuan. Hello! Siapa tak bangga kalau dapat chance mcm tu kan? Bukan senang nak meraih kepercayaan org lain ni. (Eh, mcm bongkak pulak bunyinya... Astaghfirullahalazim! ) So, dari situ mostly my free time akan dipenuhi dengan latihan menari. (No wonder that time I slim mlim) haha
Nak kata grup aku ni popular aku tak sure laa kan. Tapi, kitorang memang dapat jemputan baaaaaaaannnnyyyyyaaaaaakkkkkkkkkk sangat! Dari hari anugerah sekolah, hari sukan, kenduri kahwin, majlis majlis keramaian tanpa mengira bangsa, semua kitorang sapu. Memang merata la kat Segamat tu kitorang buat persembahan. Kinda tired but for sure, it was really unforgettable moments :')
Sampai la aku berumur 19tahun, aku ceburi bidang tarian ni.
Tapi, ,
Nak dijadikan cerita yg lg hot, aku ditawarkan utk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Teknologi Makanan di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Aku memulakan hidup yg baru sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda pada September 2012. Baru je lagi kan? Tu pun nak kecoh x)
Well, sejujurnya la kan. Sebelum aku masuk UniSZA, aku dah berniat nak pakai tudung labuh, baju besar dan quit dari tarian bila dah menuntut di UniSZA. Tapi, siapalah aku ni, hanyalah seorang manusia yg sering melakukan kesalahan, yg sering tunduk dengan nafsu dan emosi sendiri, yg langsung tidak tahu untuk bertegas dengan diri sendiri.
Sia-sia sahaja aku menyimpan niat sebegitu apabila aku bersetuju untuk menyertai pertandingan menari antara universiti pada Disember 2012. It was 8 months ago. Tapi aku masih merasakan yg ianya baru berlaku.
That time, aku terasa yg diri aku ni sgt HIPOKRIT. Sebab masa tu sebenarnya, aku dah join usrah. Dalam usrah, kemain aku mengeluarkan pendapat bernas yg boleh diterima oleh kawan-kawan. Tapi aku? Aku sendiri yg tak laksanakan nasihat sendiri. Betapa malunya aku bila terfikirkan hal tu -_-
Disebabkan malu yg amat, aku tekad aku nak berubah bila tiba sem 2. Aku cuba memakai tudung yg lebih labuh, pakai hand socks, pakai stokin, pakai baju longgar dan paling penting sekali, menolak pelawaan untuk menari lagi. Ya, aku tau. Menari tu dah mcm makanan aku dah. Susah untuk aku tinggalkan dunia tu. Sayang.
Tapi tetap tak boleh lawan Sayang aku pada agamaku iaitu ISLAM ♥
Lama-kelamaan, Alhamdulillah. Aku mudah untuk melupakan dunia tarian. Aku mula mendekatkan diri dengan Allah. Maksud aku kat sini ialah LEBIH mendekatkan diri kepada Allah. Setiap Maghrib dan Isyak aku dan kawan-kawan akan sama-sama berjemaah di surau. Walaupun penat atau banyak assignment, kitorang tetap akan ke surau.
Dari situ, aku dapat lihat betapa Allah sayangkan hambaNya. Allah memberikan aku peluang kedua. Allah memberikan aku jalan yg mudah untuk aku bertaubat. Aku bersyukur kerana aku tidak perlu melalui ujian yg extreme berliku untuk aku lebih mencintaiNya. Subhanallah!
Kalau nak difikirkan tentang zaman 'jahiliyah' aku dulu, for sure air mata aku boleh habis sekarang ni. Astaghfirullah... Aku sedih sebab aku terlalu leka dengan nikmat duniawi dulu. Aku sedih sebab aku salah gunakan nikmat yg Allah kurniakan kepada aku. Aku sedih sebab aku terlalu cuai untuk menjaga maruahku sebagai Muslimah sejati.
Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana Allah mengurniakan kawan-kawan yg baik dan supportive di sekeliling aku. Aku mengharapkan taubat ku ini diterima oleh Allah. Semoga aku dan kawan-kawan akan terus istiqamah di jalan Allah ini. Wallahualam.
Saturday, 3 August 2013
Result oh Result !
Harini aku nak share laa sikit ape yg aku rase waktu dapat result haritu.. huhu
Bila ek tarikh dia? Lupa laaaaaaaaaa..
Tapi dalam hujung bulan Julai camtu laa..
ALHAMDULILLAH . Result sem 2 is much much better than sem 1.
Agak jauh jugak laa perbezaan dia.. and ofkos aku sangat-sangat la bersyukur.
TERIMA KASIH Ya Allah kerana memberi aku nikmat sebegini :')
Aku nak berTERIMA KASIH kat family aku yg sentiasa support aku..
Bila aku nak final je , macam-macam dugaan aku kena..
Haritu ada laa kan masalahnya (tak boleh nak bagitau sbb nak jaga hati dan perasaan someone) huhu
My family always be by my side bila aku kena hadap ujian-ujian kecik camni.
Really grateful to have them in my life. THANK YOU Allah :')
One more thing, aku nak berTERIMA KASIH kat lecturer-lecturer yg sanggup bagi
Takdela, Sem 2 ni aku dgn kawan-kawan agak serius sikit dlm study..
Kitorang memang betul-betul kumpul carry mark..
And memang terbukti yg carry mark sangat-sangat la membantu CGPA aku tu. huhu
TERIMA KASIH juga kat kawan-kawan aku yg sanggup bersengkang mata teman aku study..
Tak sia-sia kan usaha kita selama ni? :)
Moral of the story is that kita kena usaha bersungguh-sungguh untuk dapat apa yg kita nak. Tolong jangan cepat sangat GIVE UP. Sesungguhnya, I hate people who gives up easily. Baru cuba sekali dah nak mengalah. Apa ni?? Tak mau la camtu kan. Aku harap aku dapat tingkatkan lagi usaha aku untuk dapat 4flat. Aminnnn!
Before aku habiskan ayat untuk entri ni, Nah! aku tunjuk wajah-wajah kesayangan hamba. Cehhhhhhh XD
Food Tech First Year (Second year upcoming.. hehe) students